Jangan Sembang Lebat Nak dapat Ujian Hebat

Isnin, 12 Mac 2012



Bertemu tanpa bersuara, sepi tidak bermakna tiada. Salam bicara tanpa kata. Kegelisahan menimpa apabila dugaan tanpa diduga…

Lama tak update, pejam celik dan masuk tahun 2012…!!

Sebelum kaki melangkah naik menuju kepuncak gunung tribulasi, sediakanlah kelengkapan pendakian yang penuh duri. Selaku pemuda yang nak jadi murobbi, bersediakah anda menghadapi situasi yang penuh mencabar bagi meneruskan sisa kehidupan. Andai anda adalah pendidik kepada generasi akan datang, tidak takutkah anda dengan keadaan yang anda hadapi sekarang yang sudah cukup mencabar...

Dimanakah syabab yang akan mengegarkan dunia seperti yang telah berlaku pada suatu ketika dahulu.

Malam yang penuh dinging dengan kehibaan, indahnya bulan ciptaan Yang Maha Agung. Riuh rendah kedengaran sahut menyahut segerombolan anjing dangan segerombolan anjing yang lain.. Tiba-tiba keadaan menjadi tenang dengan suasana yang kedinginan teramat sangat, kesayuan kedengaran suara azan berkumandang menjadikan isyarat masuknya waktu azan solat subuh.
Oh, rupa-rupnya alam henset mengejudkan bagun bertahjud…

Emm.... Alangkah indah jika segalanya kerana Allah…
Kaki melangkah terus bergerak untuk menjadi tetamu Allah dan memohon barakah diatas segala amalan yang telah dilaksanakan.

Sambung semula mengikut gerak hati meneruskan penulisan yang lama menyepi...

Syabab (pemuda) hari ini adalah genarasi yang akan memimpin akan datang. Beberapa pekara yang kian dilupakan sesetengah masyarakat kini yang inginkan masa depan anak-anak mereka begitu indah dan penuh memberi makna serta sangat bernilai tetapi sembang tiada bunyi tanpa erti.

Benih yang baik akan menghasilkan sesuatu pertumbuhan yang baik dengan hidup subur tanpa anasir-anasir menggangu proses pertumbuhannya.

Setelah lama kini bebas mendiam diri tidak bersua dialam maya. Gerakan jari jemari untuk terus dengan panuliasan terhenti seketika disebabkan uruf tak mengizinkan.

Tugas dakwah masa kini semakin hari semakin mencabar dan mengikut era perubahan zaman.

“CABARAN YANG HEBAT UNTUK ORANG YANG HEBAT”

Seorang sahabat Baginda Nabi Muhammad S.A.W bertanya kepada baginda?

Siapakah orang yang paling hebat ujiannya?? Wahai Kekasih Allah...

Jawab baginda Nabi : Iaitu orang yang tinggi darajadnya…( Para Nabi, dan seterusnya)

Bermakna orang yang hebat akan menerima cabaran yang hebat. Tidak ternafikan kehebatan baginda Nabi, para Sahabat, para Tabiien, dan seterusnya. Mereka menerima ujian yang cukup hebat sepanjang perjalanan kehidupan mereka bagi memeruskan perjuangan membawa risalah Islam.

Nak jadi hebat mesti sanggup menerima cabaran dan ujian yang hebat. Tetapi orang yang menerima ujian ,cabaran yang hebat tidak semetinya hebat. Kerana kadang kala mereka tegelincir dan hanyut dengan ujian yang membuatkan mereka terus lemah dan terus semakin lemah.

Moga kita diberikan ujian yang mampu kita hadapinya dan sentiasa dalam bimbingan rahmat serta petunjuk daripada Allah..

Tepuk dada Tanya, apa kata hati (iman)…….???

Jangan Sembang lebat nak dapat ujian hebat….

0 ulasan:

Catat Ulasan