Kiamat Sudah Hampir Tiba!! Kelak Islam Akan Bangkit Semula...

Jumaat, 5 Februari 2010


Akhir zaman telah pun tiba, masa yang lalu begitu pantas, masih tidak sedarkah kita dengan bukti yang menunjukkan telah hampirnya satu masa yang dijanjikan Allah akan berlaku, hari kebangkitan semua makhluk ciptaanNya.

Apabila dihitung kembali, telah lama usia dunia hari ini, tetapi usaha bagi menegakkan kaliamah Allah tidak pernah henti walau sekelip mata. Letakkan tanda tanya dalam diri kita, sejauh mana perjalanan kehidupan kita semua kearah untuk menegakkan kalimah Allah.

Kembali kepada sejarah, yang menunjukkan ketinggian Agama islam di mata dunia, yang mana ketika ini kita lihat pelbagai pihak ingin menjatuhkan islam. Kuasa-kuasa besar dunia hari ini begitu takut akan kebangkitan agama Islam. Kebimbangan mereka inilah terjadilah agensi-agensi pemusnah Agama Islam. Semanagat dan roh perjuangan yanag ada didalam pejuang Agama Allah, Para Mujahidin, Para Ilmuan Islam dan seluruh Penganut Agama islam. Ternya dengan pelbagai peristiwa dan sejarah bahawa hakikat islam itu adalah satu jalan petunjuk segalanya bagi apa jua pekara, dan ini satu pekara yang amat ditakuti oleh pihak musuh islam, yakin dan percayalah kelak islam akan berada di tempat yang paling tinggi.

Kalam Baginda Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi semangat dan peringatan kepada kita. Kini bebas konsikan berasama dalam kita menerusakan perjuangan bagi menyelusuri arus kehidupan.

Nabi bersabda : kelak umat-umat lain akan mengerumuni kalian separti orang-orang yang lapar mengerumuni hidangan makanan.

Seorang bertanya adakah bilangan kita sedikit ketika itu.?

Nabi menjawab , tidak , pada ketika itu bilangan kalian ramai namun kalian seperti buih dilautan.

Allah akan hilangkan perasaan takut pada musuh kalian dan akan mencampurkan wahn ke hati kalian…

Salah seorang bertanya, Apakah wahn wahai Rasulullah?

Nabi S.A.W menjawab, cintakan kehidupan dan membenci kematian.

Kini bebas letakkan tanda soal dalam diri kini bebas sendiri dan juga kepada para pengunjung serta pembaca, dimanakan kita berada sekarang??? Sudah berlalu 1430 tahun, dan sekarang semestinya kelak yang dimaksudkan oleh baginda Nabi S.A.W itu, waktunya telah pun tiba. Akhir zaman itu adalah sekarang!. Sedar atau tidak kita semua telahpun berada diakahir zaman, telah pun berlalu zaman Para Nabi dan Para Rasul, telah pun berlalu zaman Para Sahabat, zaman Khulafah Arasyidin, khilafah Uthmaniah, dan kini adalah telah sampainya waktu dinamakan akhir zaman. Persoalannya adakah kita hari ini igin menjadi seperti buih dilautan..??? Tepuk dada tanya iman..??

Bersama kita munuju kearah kebebasan yang Hakiki.. Ketenagan hakiki bukan berada dialam fantasi? Carilah yang lebih hakiki, bukan semata-mata untuk meraih ketenagan hakiki, tetapi redo dari Allah yang menjadikan Syurga Firdausi….

0 ulasan:

Catat Ulasan