Pulang Menjadi Peluang.

Sabtu, 26 Mac 2011


Kepulangan yang tidak disangka-sangka berlaku ini dengan kesemua warga Malaysia yang berada di bumi mesir, tidak kira samaada beliau itu seorang pelajar, pekerja, pelancong dan sebagainya diarahkan untuk pulang ke Malaysia atas sebab pergolakkan yang berlaku dengan kebangkitan rakyat mesir.

Pada tiga minggu yang lalu dengan satu revolusi yang dibuat oleh sebahagian besar rakyat mesir dengan kejutan kepada dunia hari ini bahawasanya kuasa rakyat berjaya menjatuhkan kuasa pemerintah. Telah jelas kesepakatan itu akan membawa kepada kesepaduan yang sangat kuat, Sehinggakan kekuasan dan pemerintahan bersifatkan kuku besi dapat di jatuhkan.

Tercetusnya pergolakan di mesir dikatakan hasil daripada apa yang berlaku di negara Tunisia yang mana sebuah negara yang dikatakan pemerintahannya yang zalim dan menindas pihak yang lemah berjaya diatuhkan. Apa yang berlaku di Tunisia itu menjadikan punca ikutan kepada negara-negara yang menerima nasib yang sama, dengan diperintah oleh pemimpin yang tidak adil.

Mengikut kepada apa yang berlaku di tunisia dan negara-negara yang sekarang ini berlakunya pergolakan dengan kebangkitan suara rakyat dan semangat bersatu padu yang ditunjukkan oleh mereka untuk memperolehi satu keadilan dan kesamaan dalam hak-hak yang meraka sepatutnya dapat.

Satu isu dan pekara yang amat ditakuti oleh dunia hari ini, lebih-lebih lagi kepada kuasa besar dunia hari ini, kuhususnya Amerika yang mana jika dikaji ada kemungkinan apa yang berlaku pada dunia hari ini adalah satu perancangan daripada mereka dan ada juga apa yang berlaku ini diluar jangkaan mereka. Dengan kebangkitan suara rakyat ini mampu menurunkan dan menghapuskan kekuasaan dan kekeuatan serta keyakinan yang mereka ada.

Besar kemungkinan, diramalkan akan berlaku cetusan semangat yang lebih besar dengan kesemua negara yang menerima nasib yang sama dengan Tunisia, Mesir, Libya, Yaman dan banyak lagi untuk pertahankan hak masing-masing dengan membuat tunjuk perasaan dan melakukan pemberontakan supaya keadilan semua dapat dirasai.

Semangat dalam mempertahankan hak masing-masing dan kewajipan dalam memberikan keadilan itu mestilah kita laksanakan mengikut cara yang betul dan tidak melanggari syariat yang ditetapkan. Segalanya melakyakkan kita memperolehi kerdoan Allah itu mestilah melalui kefahaman yang soheh dan tepat serta mempunyai aturan dan tunjuk ajar dari kitab Al-quran dan Ass-sunnah.

Ilmu yang menjadi penilai tahap kefahaman kita dan perlaksanaan kepada sesuatu tidakan kita itu perlukan bantuan diantara satu sama lain. “Kesatuan menjamin kekuatan ummah”.

Sahabat-sahabat pengunjung, jelas apa yang berlaku terhadap dunia sekarang adalah banyak mengingatkan kita terhadap hampirnya kita kepada hari qiamat atau hari yang mana musnahlah segala isi dunia ini. Bersamalah kita saling ingat memperingati diantara satu sama lain bahawa kita terlalu hampir dengan hari qiamat. Besama-sama kita mempertingkatkan amalan kita dan sentiasa bermuhasabah terhadap apa yang kita telah lakukan samaada ianya akan menyumbangkan kepada kita kelak nati kearah syurga Allah ataupun Neraka Allah.. Nauzubullah min zalik...

Sirru Ala Barakatillah.. Jumpa didalam coretan akan datang...

0 ulasan:

Catat Ulasan