Pemuda ' Pelapis abad ke 21'

Sabtu, 26 Jun 2010



Manusia diberikan akal fikiran untuk berfikir, dimana berbeza dengan makhluk ciptaan Allah yang lain. Sungguh istimewa ciptaan Allah ini, Kehidupan yang diberikan dengan penuh kenikmatan sehinggakan lupa ianya hanya sementara sahaja..

Buat tatapan pengunjung, kita sedang menuju ke abad ke 21, kesemua Negara-Negara yang maju sekarang berlumba-lumba dalam bersaing untuk menunjukkan kemajuan yang mereka kecapi adalah yang terhebat. Pembanggunan yang berkembang pesat, peningkatan sektor ekonomi juga kian meninggkat. Zaman menuju abad ke 21 ini begitu mencabar bagi sesiapa yang tidak dapat megawasi jiwa dan hati daripada mengikut hawa nafsu.

Manusia akan terus leka dengan kemajuan dan ledakan teknologi canggih dalam menuju zaman abd ke 21 ini.

Banyak perubahan yang berlaku kepada peradaban dan budaya hidup terutama kepada remaja muslim dengan keruntuhan Akhalak, kefahaman terhadap agama yang sebenar, dan jika kita lihat remaja muslim sekarang sudah tidak mampu dalam mencari identiti seorang remaja muslim.

Bagi mengatasi masalah ini kita sama-sama akan mencari jalan penyelesaiannya. Penerapan budaya islam dan pemahaman terhadap agama itu perlu seimbang dengan kemajuan yang kita kecapi.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (١٨)

18. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa Yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan.

Remaja, ataupun digelar sebagai pemuda ini adalah menjadi tunggak utama kepada pembanggunan dan menjadi kepada pelapis ulama’ ganerasi akan datang. Pembentukan syasiah islamiah amat penting bagi menjamin generasi akan datang menjadi lebih baik.

Hari ini kita perlu sedar bahawa kelemahan iman dan penguasaan hawa nafsu dalam jiwa remaja muslim yang tidak dapat dikawal adalah punca keruntuhan akhlak islamiah dan mejadi salah satu penyebab kepada terpisahnya agama dalam kehidupan. Generasi mudalah yeng perlu dijaga dan dibentuk dengan nilai-nilai yang baik dan akhlak yang terpuji supaya dunia islam kelak akan menjadi aman dan tenteram. Bangkitlah wahai remaja dan pemuda islam penggerak kepada Agama islam kelak. Letakakanlah iman dalam segalanya. Tepuk dada tanya iman…
READ MORE - Pemuda ' Pelapis abad ke 21'

"Cintaku kepada Penyampai Risalah"

Rabu, 23 Jun 2010



Cintaku kepada penyampai risalah Agung, penghunbung diantara pencipta dengan ciptaannya. Kiranya tiada cinta insani untukku.. Cukuplah cinta Allah penyuluh hidupku... Moga kelak akan ada cinta untukku daripada insan yang mencinta Allah sebagaimana cintaku kepadanya..

Cinta kepada Rasulullah SAW adalah ukuran keimanan. Berang siapa yang ingin menguji kadar keimanan, hendaklah ia merasakan seberapa besar kecintaannya kepada Nabi Muhammad SAW. Junjungan kita.

Apakah ia mencintainya dengan cinta sejati dan sempurna?

Apakah ia mencintai lebih daripada cinta kepada harta?

Melebihi cinta kepada puteranya? Bahkan , lebih dari cintanya kepada diri sendiri?


Ketika mencintainya, seorang insan mukmin akan tenteram dan tenang kerana telah sempurna imannya.

Ianya akan selalu memuji Allah yang telah memuliakannaya dengan nikmat Islam. Kita pun memuji Allah yang telah memuliakan kita dengan manusia terbaik yang pernak ada.

Dia telah mengutus bagi kita, makhluk yang temulia di sisinya. Dialah pemimpin para rasul, seorang yang jujur, pemberi petunjuk, dan seorang yang terpecaya terhadapa orang mukmin, beliau sangat pengasih dan penyayang. Dialah rasul yang mulia, rasul yang terpecaya. Penutup para Nabi dan Rasul semuanya.

Dialah yang tebaik ajarannya dan paling benar ucapannya, hamba yang paling jujur, yang menyatakan kebenaran dan mengungkapkannya secara terus-terangan. Dialah yang “ Termulia diantara penyeru kepada kebenaran, seorang hamba pilihan yang benar, dan yang dibenarkan”. Dialah “ Orang yang berakhalak dermawan” dan ’selalu menunaikan janji”.

Dialah yang dimaksudkan …..

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ (١٢٨)

Terjemahannya..

128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman.

Dialah Rasul utusan Allah, rahmat yang menjadi anugerah, ia telah menyampaikan risalah, menunaikan amanah, memberi nasihat kepada umat.

Dia berjihad dijalan Allah hingga ajal datang menjemputnya. Dia tidak pernah berbicara kecuali itu benar dan tidak pernah melakukan kecuali kebaikan akhalaknya terbaik, diserta kharisma yang berwibawa dan perangainya yang sangat menyantuni.

Dialah rahmat yang dihadiakhkan kepada seluruh alam ini…

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ (١٠٧)

Terjemahannya….

107. Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Perbanyakkanlah mengingati sirah perjuangan baginda Nabi tercinta dan sentiasa berselawat keatas baginda serta kaum keluarganya dan para sahabat, seterusnya penyambung rantai perjuangan Baginda Nabi Muhammad SAW. Akanku pertaruhkan segalanya demi engkau Ya Rasulullah...
READ MORE - "Cintaku kepada Penyampai Risalah"

Antara Perspektif Ulama' dan Golongan Sekular (kesempurnaan Agama Islam)

Isnin, 21 Jun 2010



Kesempurnaan Agama Islam tidak dapat disanggah lagi dengan kajian dari seluruh ilmuan dunia Islam mahupun Sekular. Pahlawan-pahlawan Islam yang telah mencetuskan dan membawa risalah Islam dengan konsep mengaitkan agama dengan politik dan bersifat sempurna (keseluruhan). Mereka ini cukup banyak berjasa dengan pembangunan , peningkatan serta kemajuan tamadun Islam. Dahulunya Islam ditentang oleh pemikir-pemikir Modernis, Sekularis ataupun Marxis yang mengaitkan As-siasah ini dengan agama (politik dan agama).

Ibnu Abdul Wahab, Al-Mahdi, Khaidirudin At-Tunisi, Al-Amir Abdul Qadir, Jamaluddin Al-Afghani sampai Al-Qawakibi, Muhammad Abdul Ayakib Arsalan, Rashid Ridha, Hassan Al-Banna Di Mesir, Ibnu Badis dan sahabat-sahabat di Algeria, Alal Al-Fasi di Magribi Al-Maududi di Pakistan dan ramai lagi yang mereka ini telah bersepakat bahawa Syariat Islam merangkumi Aqidah dan Syariat , Dakwah dan Daulah, serta Agama dan Politik.

Mereka ini bukan sahaja membuktikan melalui teori-teori sahaja, bahkan mereka sendiri yang terjun ke medan As-siasah (politik). Mereka sendiri Merasa kenikmatan-kenikmatan yang tidak dapat dirasai melainkan dengan berada didalam kancah politik sendiri. Dengan semangat dan kekuatan yang diberikan mereka mampu menghadapi kekejaman, dan segala macam ujian dalam mempertahankan konsep ini. Demi Islam dan demi mempertahankan sayriat, mereka sanggup mengorbankan diri mereka.

Semangat dan roh perjuangan yang ada didalam diri pejuang-pejuang Islam ini, dalam mempertahankan konsep (Agama dan Politik) kesempurnaan Agama Islam. Apabila difikirkan semula, mengapa mereka sanggup menerima kesengsaraan.??

Para pengkaji dan penyelidik Ilmuan Islam, mereka mengagumi apa yang telah dibawa oleh pahlawan-pahlawan Islam ini, dengan konsep yang dibawa dan membuktikan bahawa Agama Islam yang disyariatkan oleh Allah, tidak mengabaikan satu aspek pun dalam kehidupan kita. Islam memberikan segala petunjuk hidup sama ada material ataupun spiritual serta individu mahupun social.

Ini semua mendapat kesepakatan dari Ulama Ahli Usuliyyin mahupun Fugaha daripada semua kalangan Mazhab serta yang menisbahkan diri mereka kepada Agama (Islam). Para Ilmuan bukan Islam juga bersama dalam kesepakatan ini dalam secara tidak sedar.

Kesemua ini telah dibuktikan dengan Al-quran dan As-sunnah bahwa Agama Islam ini bersifat Syumul (sempurna).

Firman Allah :
لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لأولِي الألْبَابِ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَى وَلَكِنْ تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ (١١١)
111. Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran Yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang Yang mempunyai akal fikiran. (kisah Nabi-nabi Yang terkandung Dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita Yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa Yang tersebut di Dalam Kitab-kitab ugama Yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan Yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum Yang (mahu) beriman. (Surah Yusuf ayat 111)

Ayat ini membuktikan bahawa Islam adalah petunjuk kepada segala aspek kehidupan. Petunjuk bagi seluruh manusia, bagi manusia secara keseluruhannya samaada agama dan politik, dakwah, daulah, tarbiah, dan lain-lain lagi. Agama Islam kesemuanya adalah berkaitan diantara satu sama lain, sama ada berupa aqidah, syariah, akhalak, ibadah, ataupun muamalah.

Sama sekali tidak benar jika dikatan bahwa islam memadai dengan memiliki masjid, manakala sekularisma yang sekolah, pembanggunan, kehakiman,kenegaraan, system pentadbiran, Media massa, teater, pasar-pasar, university, dan lain-lain. Islam adalah merangkumi segalanya.

Malangnya kini ramai yang menolak konsep ini, dan masih tidak memahami bahwa agama Islam ini bersifat Syumul( Sempurna). Penerimaan terhadap kesempurnaan dalam Agama Islam juga dinafikan dalam masa yang sama itulah hakikatnya Agama Islam adalah berkaitan dengan Kehidupan manusia segalanya dunia mahupun Akharirat.


READ MORE - Antara Perspektif Ulama' dan Golongan Sekular (kesempurnaan Agama Islam)

Sekular, Negara-Negara Islam Milik Guru-Guru Agama.

Jumaat, 18 Jun 2010


Wawasan yang ideal dan menyanggah kekeliruan pemikiran sekular.
Satu pemikiran yang salah diterapkan dan disebarkan dalam minda masayarakat dan sering dilemparkan pelbagai tuduhan oleh pihak sekular yang menyatakan Negara-Negara Islam adalah Negara milik gugu-guru agama, milik (tokoh-tokoh agama).

Pihak sekular juga meletakkan sasaran bahawa jangan sampai Islam memiliki sesebuah Negara
Dengan terang-terangan menyatakan keislamannya, berani mengangkat tegak bendera keislamannya, menerapkan hukum-hukum islam (syariat Allah), untuk kaum muslimin(Ummat Islam) bagi tercapai sebuat Negara Islam.

Dalam menerajui satu matlamat dan satu pemikiran yang mengikut landasan islam yang sebenar. Kita mestilah berada didalam satu kumpulan atau jemaah yang benar-benar mengikut syariat dan hukum Allah. Jika ingin dibincangkan dan dibahaskan mengenai
hukum dan syariat yang sepatututnya, berlandaskan hukum Allah memerlukan satu pendetilan dan perbincangan yang khusus agar kita sama-sama mendapat kefahaman yang sebenar.

Abu hrairah, ibnu umar dan ibnu masud yang merupakan orang-orang yang paling mengetahui berkaitan dengan Al-Quran dan As-sunnah juga mewakili kumpulah masyarakat, ataupun sesuatu jemaah. Mereka ini kedudukannya setara dengan khulafah Aarasyidin , Saad bin Abi Waqqas, Khalid bin Al-Walid atau Abu Ubaidah bin Al-Jarrah. dalam pemerintahan Negara islam.

Bagi sejarah umat Islam tidak mengenal adanya pemisah antara agama, dan dunia, agama dan politik atau agama dan Negara seperti sekarang ini. Mutakhir ini banyak timbulnya pekara-pekara yang bercanggah dengan Islam, pemikiran yang diterapkan oleh pihak musuh Islam sukar untuk kita membezakannya yang mana khak dan yang batil.

Dilihat pada suasana yang berlaku di bumi tanah air, (Malaysia) isu-isu berkaitan dengan hukum hakam berkenaan kehidupan seharian, sudah tidak mampu untuk kita patuhi. Kewajipan terhadap tuntutan amalan fardu,solat, puasa, masalah gejala social, keruntuhan akhlak, pengharaman terhadap rasuah, riba dalam jual beli, haramnya perjudian dan banyak lagi, yang terang-terangan sudah tidak kita mampu untuk atasinya.

Bersama kita membuka minda kita, tentang apa yang sedang berlaku!! Kebimbangan terhadap generasi akan datang yang akan lebih teruk jika ianya tidak dibendung dari sekarang. Kerisauan juga dengan suasana yang berlaku, tidak kira di bumi Malaysia atau mana-mana sahaja, dengan penindasan terhadap orang Islam di bumi Palestin sekarang, masalah keruntuhan akhlak, ini semua kemungkinan adalah satu bala’ dari Allah, terhadap kemaksiatan dan keburukan yang telah kita lakukan, NauzubillAllahu min zalik…

Kini bebas menyatakan persoalan bagi diri kini bebas sendiri dan pemabaca sekalian, untuk kita memikirkan matlamat kita hidup, dimana kita letakkan ketaatan, kefahaman yang sohehah terhadap Islam dan yang lebih penting, kenikmatan, kehidupan yang kita kecapi selama ini adalah untuk apa??? (semata-mata untuk meraih keredoaan dari pencipta yang Agung) Allah Subha Nahuwatala...
READ MORE - Sekular, Negara-Negara Islam Milik Guru-Guru Agama.

Palestin (Gaza) Hulurkan Bantuan... 'Doa' Qunut Nazilah

Selasa, 15 Jun 2010



Salam perjuangan buat sahabat2 yang berada di bumi ambia’ semoga kalian Berjaya dalam imtihan yang sedang dihadapi baik sahabat-sahabat dari Perubatan, kuliah, dan Qiraat. Semoga dengan berkat usaha dan semangat yang jitu dalam mengulang kaji pelajaran, sahabat2 semua insyaallah akan memperolehi kejayaan yang cemerlang.

Dikesempatan ini kini bebas sedikit isu mengenai susana dunia hari ini yang kini diselubungi oleh hiburan semata-mata sehinggakan leka dengan nikmat yang hanya sementara. Dunia sekarang dilema dengan suasan bola sepak piala dunia yang sedanag berlangsung. Kelekaan kita dengan suasana ini amat merisaukan hati, dengan pelbagai agenda pihak musuh islam agar ianya mendapat sambutan ramai, aduhai… siapa tak nak tegok bola..?? Piala dunia tu bai… bukan tiap-tiap tahun ader… emm, inilah yang akan melekakan kita semua daripada mencari nikmat yang hakiki. Tepuk dada Tanya iman…

Kini bebas terpanggil untuk menulis semua untuk menyatakan pandangan dan bicara hati yang meronta untuk mengutarakan seribu satu persoalan. Bebas ke belum ni?? Kini bebas ke?? Dilihat kepada masalah umat islam islam hari ini, ditindas dengan sesuka hati oleh musuh-musuh islam.

Ketahuilah dengan isu sekarang, Israel @ yahudi laknatuAllah yang menindas saudara-saudara islam kita di bumi palestin. Begitu mudah dunia yang dikuasai pihak zionis yahudi, menutup isu penindasan terhadap orang islam di bumi palestin. Sebiji bola sudah cukup untuk melekakan kita dari memikirkan saudara-seislam kita di bumi Palestin.

Pelbagai cara negara-negara islam cuba membantu dalam misi memberikan bantuan kepada penduduk Palestin yang menjadi pelarian dibumi sendiri. Bantuan yang ingin diberiban melalui jalan darat, jalan laut, ruangan udara, semua telah disekat oleh israel @ Yahudi LaknatullAllah. Hanya doa sahajalah yang akan terus sampai dan menjadi senjata yang tiada penghalang. Jagan lah kita lupa pada yang lebih berkuasa dan yang mengetahui segalanya. Amalkanlah Doa Qunut Nazilah dan Pohonlah pertolongan dari Yanag Maha Esa. Semoga Allah membantu dan memberikan Nusrah kepada Hamba-hamanya yang lemah. Selamatakan Bumi Palestin dari Israel @yahudi LaknatuAllah.
READ MORE - Palestin (Gaza) Hulurkan Bantuan... 'Doa' Qunut Nazilah