Disebalik Ramadhan 1431 H...

Ahad, 29 Ogos 2010


Sejarah Ramadhan buat kini bebas yang igin dikongsikan dengan pengunjung semua...

Satu keagungan, keistimewaan dan kemuliaan bulan Ramadhan dengan adanaya
satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam yang kebiasaannya akan muncul pada 10 hari terakhir Ramadan itu lebih dikenali Lailatul Qadar. Rasulullah (SAW) sendiri memohon kepada Allah agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemuinya. kinginan dengan penuh harapan oleh kini bebas serta semua umat manusia dipertemukan dengan malam Lailatu Qadar.

Pada malam ke 17 Ramadhan yang baru sahaja berlalu, bebarapa sahabat dikatakan telah menemui malam Lailatu Qadar, ada kemungkinan pengkhabaran yang dilafaskan oleh Syekhuna Syeikh Yusri, dalam pengajiannya yang lepas berkemungkinan malam tersebut akan berlakunya Lailatul Qadar disebabkan malam yang ganjil dan malam yang bertepatan dengan malam siyyidul ayyam.

Alangkah bahagianya kini bebas apabila dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar. Kelebihan malam ini dinyatakan sendiri oleh baginda Nabi Muhammad, Rasulullah (SAW) pernah bersabda bermaksud:

Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di
mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar
ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam
itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan
semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk)
daripada Allah. ? (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dalam satu hadis lain, Rasulullah (SAW) bersabda maksudnya:
?Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan
pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya
yang lampau.? ? (Hadis riwayat Muslim )

Emm, disini kesempatan yang ada, kini bebas berazam untuk tidak akan melepaskan peluang beribadah di malam hari, dengan solat teraweh dan qiam dimalam hari serta memenuhi masa yang ada dengan pekara yang bermanfaat.

Pada pagi yang lalu kini bebas bersama sahabat-sahabat tafaquh fiddin yang mengikuti pengajian syeikhuna syeikh Nuruddin berbual mengenai Keistimewaan Lailatul Qadar. kita ketahui yang bulan Ramadhan ini diserikan lagi dengan penurunan wahyu al-Quran untuk pertama kalinya kepada Rasulullah sewaktu baginda berada di Gua Hira.

Selepas itu al-Quran mula diturunkan secara berperingkat-peringkat dan beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun lagi di Madinah al-Munawwarah. Peristiwa bersejarah penurunan al-Quran diabadikan Allah dalam helaian al-Quran. Kisah ini cukup Makruf bagi umat manusia.

Antaranya firman Allah bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa didalamnya kamu dapat mengetahui dimana kebesaran Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar.? (Surah al-Qadr, ayat 1-5).

Jelas daripada mafhum ayat suci di atas bahawa Lailatul Qadar akan muncul pada
setiap Ramadan sebagai anugerah Ilahi dan rahmat Allah yang hanya dikhususkan kepada
umat Nabi Muhammad saw.

Malam yang penuh bersejarah itu dinilai sebagai malam yang lebih baik dan lebih banyak ganjarannya daripada seribu bulan . Ulama' bersepakat bahawa Lailatul Qadar berlaku pada Ramadhan. Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan.

Namun mereka berselisih pendapat mengenai malam ke berapa daripada 10 malam terakhir itu. Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-27 Ramadan. Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya:

Barang siapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada
malam ke-27.? ? (Hadis riwayat Ahmad)

Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir. Walau apapun harinya, yang pentingnya pada malam itu Allah
menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan-Nya kepada hamba-Nya yang
melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan.

Oppssss... berhentinya motosikal yang bernamber WCS 357 yang baru sahaja dimiliki oleh kini bebas pada 7 ramadhan yang lalu... hadiah kejayaan yang diperolehi oleh kini bebas pada peperiksaan yang lalu. Semoga kini bebas dapat menmanfaatkan motosikal ini dengan menggunakan ia ke pekara yang baik-baik sahaja. Suka kini bebas igin menulis coretan kata yang sering bergetar di hati ini.. Terima kasih Mak Abah, Akak Abang semua guru-gur dan sahabat-sahabat yang banyak memberikan semangat dan tunjuk ajar kepada saya (kini bebas)... Doakan kejayyaan kepada saya (kini Bebas) yek..

Emm.. termenung lagi sejenak kini bebas dalam memikirkan nasib hidup ini...???
Setelah mendapatkan keputusan peperiksan pada 2 Ramadhan yang lalu akan menjadikan lebih bersemangat dalam melaksanakan ibadah. Emm.. kembali kepada Kelebihan Lailatul Qadar, sudah tentu tidak akan dianugerahkan kepada orang sebarangan dan tidak pula diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam tertentu saja dalam Ramadan. Semestinya fadilat malam mulia itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai ke Islaman dalam setiap tutur kata, peri laku, akhlak, ibadat dan kegiatan sehariannya.

Jika kita melihat kepada sejarah Islam, Lailatul Qadar pertama kali menemui Rasulullah (SAW) ketika baginda sedang khusyuk menyendiri di Gua Hira, bermuhasabah dan merenung diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Tidak berapa lama kemudiannya, datang al-Ruh al-Amin iaitu malaikat Jibril membawa bersama wahyu Ilahi untuk membimbing baginda sehingga berlakulah perubahan secara menyeluruh dalam setiap detik dan perjalanan hidup Rasulullah.

Ia juga membawa perubahan kepada detik dan perjalanan hidup umat manusia sejagat.
Jelaslah disini Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah (SAW) dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh.

Justeru, amal kebajikan kita sebagai seseorang hamba Allah, pada malam lailatul qadar khususnya dan amnya pada bulan yang mulia ini adalah lebih baik dipenuhi dengan amal ibadat agar segala amalan dan kebajikan yang kita lakukan akan dihitung ganjarannaya selama seribu bulan. Amin Ya Robbi...

Bersamalah kita menjadikan Rasulullah (SAW) sebagai model yang menampilkan teladan terpuji untuk diikuti oleh umat Islam seluruhnya dalam menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan. Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf dan membangunkan keluarganya agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari.

Salah satu pekara yang dilakukan oleh Rasulullah (SAW, dengan tidak mendekati isteri-isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat dalam masjid seperti solat Tahajud, solat Witir, solat Tarawih, berzikir kepada Allah serta membaca dan tadarus al-Quran. Alangkah baiknya segala sunnah baginda dapat kini bebas lakukan..
Ditulis dalam sejarah dan kitab-kitab sirah, Baginda sering memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dengan doa yang sering baginda baca ialah doa bermaksud:

(Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih. Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan kebajikan akhirat saja, malah untuk memantapkan lagi langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah.

Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan
pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah swt. Selain itu, setiap Muslim dianjurkan agar bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa.

Tambahan pula, setiap manusia pada dasarnya tidak akan terlepas daripada
kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah swt,..

Panjang lebar coretan kini bebas kali ini igin diposting buat tatapan pengunjung, moga cerita yang kini bebasa igin koinsikan bersan dapat manfaatnya... Jumpa kini bebas di entri yang akan datang..
READ MORE - Disebalik Ramadhan 1431 H...