Sejarah Agama Nusantara kesan sehingga sekarang

Selasa, 22 Disember 2009








Kini bebas berbicara mencari hakikat islam yang sebenar, sungguh indah dan amat bahagia berada di dalam rahmat tuhan Allah pencipta seluruh alam. Bersama kasih akan rasulNya kekasih Allah baginda Nabi Muhammad SAW.kisah sejarah amalan beragama orang-orang Melayu sebelum kedatangan Islam yang barangkali masih terkesan sehingga ke hari ini, mereka dahulunya dibahagikan kepada tiga kepercayaan yang besar iaitu :-

1. Orang-orang Melayu yang beragama Buddha Puja Dewa

2. Orang-orang Melayu yang beragama Hindu Puja Dewi

3. Orang-orang Melayu yang berpegang dan beramal dengan amalan orang-orang Asli( Animisme )Akibat dari ajaran dan pegangan mereka itu lahir dan wujudlah berbagai-bagai bentuk kebudayaan dan adat resam mengikut jenis agama dan kepercayaan yang mereka anuti. Kedatangan Islam ke Nusantara selepas itu telah berjaya membasmi kepercayaan karut dalam masyarakat Melayu pada ketika itu. Namun tidak semua masyarakat Melayu yang mahu meninggalkan kepercayaan mereka secara keseluruhan dan sehingga ke hari ini, kita masih dapat melihat betapa amalan Khurafat itu masih tegak dan tetap hidup dalam adat resam dan kebudayaan Melayu terutamanya dalam majlis perkahwinan, kematian, perbomohan dan perbidanan, latihan pertahanan diri dan sebagainya. Di samping itu kepercayaan kepada benda-benda keramat seperti keris, kubur, pokok besar, batu dan sebagainya begitu kuat sehingga dapat di lihat sesetengah orang Melayu yang masih menjaga dan menyimpan dengan baik keris pesaka sejak turun temurun, yang dikatakan sebagai "Penjaga keluarga." Kepercayaan seperti ini ada hubungannya dengan asal-usul orang Melayu yang kebanyakannya berasal dari Kepulauan Indonesia yang memang terkenal pada suatu masa dahulu dengan adat dan kepercayaan Hindu serta Buddha. Walaupun Islam mula bertapak di Mataram, Majapahit dan seluruh Kepulauan Jawa namum sisa-sisa peninggalan Hindu dan Buddha masih kuat dalam pegangan mereka.

Di Semenanjung Malaysia sendiri terdapat berbagai keturunan seperti Melayu, Bugis, Mendiling, Rawa, Jawa, Banjar, Petani, Siam dan sebagainya dan terdapat juga yang berasal dari keturunan orang-orang Asli. Setelah memeluk Islam mereka telah membawa adat resam masing-masing di dalam agama Islam. Walaupun mereka berbeza dari segi suku keturunannya, namun mereka masih lagi tidak terlepas dari adat resam Hindu dan percampuran dengan adat dan amalan orang Asli. Amalan-amalan kuno seperti puja tanduk lembu/kerbau, hantaran perkahwinan, sireh junjung, nasi tinggi, kelapa-garam-gula dan sebagainya, lenggang perut, kenduri 40/100 hari selepas kematian, sembelih ayam semasa buka gelanggang latihan pertahanan diri, sangkak/ancak untuk jamu Jin dan sebagainya adalah contoh amalan yang ada hubungan dengan pengaruh Hindu dalam adat resam orang-orang Melayu. Begitu juga adat resam, tingkah laku orang-orang asli sebelum Islam di ambil sebagai adat resam atau sebagai cara beragama yang mesti didahulukan, di tokok tambah lagi dengan redha dan lahapnya kita menerima membabi buta pengaruh kebudayaan penjajah yang memang merupakan suatu perancangan jangka panjang Yahudi dan Kristian khasnya untuk membunuh keperibadian muslim orang-orang Melayu yang berpegang teguh dengan agama Islam.

Sehingga kini amalan-amalan tersebut masih lagi hidup subur, walaupun telah berkali-kali seruan dakwah sampai kepada mereka supaya meninggalkan amalan tersebut, namun bagi sesetengah daripada mereka itu telah beranggapan bahawa adat-adat tersebut seolah-olah sebahagian daripada ajaran Islam yang mereka anuti. Maka dengan sebab itulah mereka telah mencampuradukkan antara ajaran Islam yang suci ini dengan adat resam yang karut lagi menyesatkan itu, yang semata-mata mengikut khayalan, kebijaksanaan pemikiran dan tahsinul ‘aqli mereka semata-mata sahaja..

Hari ini kita sendiri didedahkan dengan bermacam-macam filem yang berunsurkan kurafat dan bercanggah dengan agama islam, khususnya di semenanjung Malaysia, dengan adanya anasir-anasir ini yang sikit sebanyak akan meracuni fikiran dan juga mejadikan penyebab kepada kuatnya kepercayaan pekara-pekara kurafat yanag sememangnya akan meruntuhkan akidah umat islam. kebangkitan umat islam dalam mencari jalan kebenaran yang sebenar semakain membuak-buak dengan tertubuhnya pelbagai institusi islam dan pendidikan islam, tetapi mengapa masih ada anasir-anasir yang tidak sepatutnya berlaku mengakibatkan keruntuhan Akidah dalam kepercayaan Agama islam.
Ini belum dipersoalkan lagi tentang keruntuhan Akhalak dan masalah sosial yang semakin teruk dikalangan orang islam khususnya di Malaysia.

Pembikinan filem islamic dan kisah-kisah teladan juga semakin menular di masyarakat malaysia kini dengan itu menjadi titik tolak kepada perubahan masyarakat dalam menerima agama islam secara hak dan lebih bertamadun. Kepada pihak yang berwajib mestilah memainkan peranan yang sebaiknya dalam mengatasi pekara ini yang akan merosakan generasi akan datang agar tidak lagi berlaku, sekiranya kita merasakan ini perkara yang kecil, sememangnya akan berlakulah kebinasaan kelak nanti. Jika dibiarkan akan mengakibatkan kebangkitan dan kemenagan islam semakin jauh dan mempercepatkan balasan dari Allah. Hapuskanlah filem-filem yang tiada langsung manfaat dan lagi menyesatkan...!! berasma kembali kepada jalan kebenaran dengan memahami erti islam yang sebenar.

كنتتم خيرامة أخرجت للناس تا مرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمون با الله.......الخ

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada
yang makruf dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepad Allah.

kita selaku yang menjalankan amanah dan tanggungjawab memperjuangkan islam mestilah berbuat sesuatu bagi merealisasikan kemengan islam itu assban dari kerja dan sumbangan daripad kita. bermacam- macam lagi anasir-anasir yang akan menyebabkan keruntuhan akidaH dan akhlak khususnya masyarakat malaysia dalam penerapan dan pendedahan pekara-pekara yang bercanggah dengan agama. Jika impikan generasi akan datang yang lebih baik!! mestilah berpunca dari generasi terdahulu dan sekarang yang menuju ke arah lebih baik dan bertamadun serta ke aran lebih islamiah.

Tepuk dada tanya iman.....

0 ulasan:

Catat Ulasan