Bicara hati, apa yang dicari didunia yang hanya sementara, tidak tahu sampai kemana penghujung dunia. Sempena Sambutan Maal- Hijrah 1431 ini, menghitung kembali perbuatan kita, huhkkhhhh…….!!! Bersama-samalah menitiskan air mata dari seorang hamba yang penuh dosa, demi meraih simpati diampunkan segala dosa..
Pesanan dari Junjungan Baginda Nabi tercinta, Rasulullah SAW yang terlalu kasih dan cinta akan umatnya agar kita sentiasa berwaspada dengan syaitan durjana yang sentiasa mnyesatkan bagi terpesona dengan keindahan dunia.
Pesanan Yahya bin Muaz berkata :
“Aku sama sekali tidak memerintahkanmu untuk meninggalkan dunia tetapi aku memrintahkanmu supaya meniggalkan dosa-dosa. Meninggalkan dunia adalah keutamaan tetapi meninggalkan dosa adalah satu kewajipan. Sesungguhnya melaksanakan kewajipan adalah lebin penting daripada sebuah keutamaan (yang sifatnya tidak wajib)”.
Juteru nikmatilah dunia untuk kejayaan akhirat. Itulah pengakhiran seorang hamba. Ingatlah!! Andai kita menjadikan dunia lapangan untuk merasai nikmatnya semata-mata tanpa perlu mempedulikan akhirat, maka bersedialah menerima celaka. Bersama-sama menyelusuri arus kehidupan dengan mencari kebebasan dari belengu dosa-dosa terdahulu dan akan datang dalam menempatkan hati-hati kita dalam naungan dan rahmat Allah….
Seiringkan kenikmatan dunia yang menjadi asbab terimanya balasan Syurga & azab Neraka dengan roh dan jasad kerana itulah bersempena pengakhiran tahun 1430 hijrah, dan tahun 1431 hijrah yang kita akan nikmati nati menjadi satu semangat mengejar impian dalam menyelusuri arus kehidupan dan itulah sebaik-baik insane yang inginkan kenikmatan didunia dan akhirat sebagaimana sering kita menuturkan dalam doa yang berbunyi…
“Ya Allah , kurniakanlah kepadaku kebaikan di dunia, dan kebaikan di akhirat dan jauhilah aku daripada azab api neraka. Amin Ya Rabbal Alamin…
- Mohd Fahmi Bin Abd Rashid
- Universiti Al-Azhar Mesir. Kuliah Syariah Islamiah Kaherah. Anak kelahiran Negeri Pahang Darul Makmur, Malaysia.
Pelawat
PELAWAT
Tarikh
Bicara Sufi
Catatan Popular
-
Syria Oh Syria…. Save Syria and le’t pray for them.. Kelibat bayangan roh perjuangan anak-anak dan rakyat Syria Asunni di Homs dan merata bu...
-
Dalam menyebarkan dakwah dan menyampaikan information ilmiah dan sebagainya, kita bukan hanya perlu kepada semangat semata-mata, tetapi...
-
Akhir zaman telah pun tiba, masa yang lalu begitu pantas, masih tidak sedarkah kita dengan bukti yang menunjukkan telah hampirnya satu masa ...
Trafik
Pengikut
Kini Bebas
Jumaat, 18 Disember 2009Ditulis oleh : Mohd Fahmi Bin Abd Rashid Dalam Dairi Pejuang... 2:03 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan