Cinta kepada Perjuangan Ulama’ adalah salah satu wasilah untuk capai kepada cinta kepada Allah… Cintailah Ulama’ pewaris dan penyambung perjuangan Nabi Muhammad SAW. Kita bukan yang memulakan perjuangan dan bukan juga pengakhiran perjuangan, kita adalah mata rantai perjuangan baginda Nabi Muhammad SAW.
Kepimpinan Islam berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah menjadi satu kemestian dan tidak diterima sesuatu organisasi itu adalah organisasi Islam melainkan matlamatnya adalah untuk mencapai redo Allah. Al-Quran menjadi sumber rujukan, Rasulullah sebagai qudwah hasanah dan mati syahid adalah cita-cita tertinggi yang diidamkan.
Melalui beberapa jalan bagi sesebuah organisasi itu dikatakan sebuah organisai Islam dengan benar-benar meletakkan syariat Allah itu yang paling tinggi. Dahulu, kini dan selamanya akan menjadi satu keadilan yang terjadi kepada mana-mana organisasi Islam yang ada sejak tertubuhnya sebuah negara Islam Madinah yang dipimpin oleh insan yang diutus oleh Allah, Baginda Nabi Muhammad SAW yang bukan sahaja Ulama’ bahkan Seorang Nabi pemimpin Ummah akhir zaman dan memberikan rahmat seluruh alam.
Firman Allah SWT :
وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ
Maksudnya : Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.
(Surah Al-nur 24: Ayat 52)
Ulama' yang mendominasi didalam kepimpinan adalah satu pekara yang amat wajar terjadi kerana mejadi satu sunnah yang dilakukan sendiri oleh Baginda Nabi Muhammad SAW. Yang merupakan seorang yang alim rabbani dan baginda sendiri merupakan idola para Ulama’ dan pemimpin-pemimpin dunia. Baginda menjadi contoh yang diguna pakai oleh mana-mana kepemimpinan dunia baik dari orang beragama Islam mahupun sebaliknya.
Dalam pemilihan Ulama’ sebagai pemimpin sesebuah organisasi atau jemaah mahupun Negara, ulama itu juga diberikan mandat yang tinggi dan gelaran sebagi pewaris kepada perjuangan Nabi yang meletakkan Islam sebagai agama dengan berasaskan ilmu bukannya terhasil dari kejahilan. Ulama’ ini makruf terhadap kelebihan yang ada pada firasatnya dalam menentukan sesuatu keputusan. Ulama’ ini juga lebih memahami amanah yang berat sebagai pemimpin dan semestinya akan memimpin dengan penuh rasa tanggungjawab dan tidak boleh dilaksanakan secara sambil lewa.
Ternyata dalam sejarah yang membuktikan bahawa kepimpianan Ulama’ adalah kepimpinan yang amat hebat pemerintahannya, dengan ini tidak lagi dapat dinafikan kepentingan Ulama’ dalam mendominasi kepimpinan sesebuah organisasi, jemaah mahupun Negara.
Ini jelas lagi bahawasanya betapa besarnya peranan Ulama’ dalam mengembalikan semula keagungan Islam sebagai agama yang memerintah dunia. Kepimpinan Ulama’ bukan hanya dipayungi oleh syariat yang ditunjuk oleh baginda Nabi, bahkan segala apa yang dipertanggungjawabkan dan amanah yang mereka tanggung itu lebih merka fahami dan keikhlasan yang tinggi dalam melaksanakan sesuatu pekara itu.
Firman Allah :
إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ
Maksudnya :Di antara hamba-hamba Allah yang takut kepada Allah hanyalah para Ulama’.
(Surah fathir ayat 28.)
Oleh itu, kita sebagai umat Islam yang cintakan Allah dan rasulNya maka semestinya terus berada dibelakang para Ulama’ yang ikhlas berjuang untuk sama-sama meninggikan kalimah Allah. Biar dikeji, dicaci, dimaki dan dilontar dengan pelbagai tohmahan namun perjuangan Islam mesti diteruskan sehingga hari qiamat. Kita begitu yakin dengan janji kemenangan oleh Allah kepada Islam yang sempurna ini. Waktu dan ketika untuk datangnya pertolongan dan kemenangan daripada Allah itu sudah begitu hampir. Cuma persediaan kita dalam melahirkan diri sebagai umat yang bakal duianugerahkan dengan kemenangan yang dijanjikan ini sahaja yang mesti disiapkan segera selari dengan syariat yang dipimpin oleh kepimpinan Ulama’.
Tiada lagi masa untuk kita berehat dan bergurau senda untuk mencapai perkara ini Ayuh bagunlah!! Tunaikan perintah Allah. Satu matlamat satu tujuan, bersama membangun bersama Islam. Satu fikrah satu amal, kefahaman yang sama dan diiringi dengan amalan yang sempurna, Insyallah kita akan mencapai kemenangan kelak.
Satu pekara yang perlu kita ingat, kekuatan Islam tidak berdiri di atas kekuatan perseorangan tetapi ia tertegak di atas kekuatan jemaaah. Perjuangan Islam mesti dilakukan ikhlas kerana Allah bukannya disebabkan oleh seseorang yang hebat dalam memimpin atau dengan kepimpinan yang dipimpin ulama’semata-mata.
Sekiranya pekara ini terjadi, akan berlaku perpecahan yang amat ditakuti dan disenagi oleh musuh-musuh Islam. Apabila belakunya masalah ini ditambah dengan kecelaruan pemikiran akan lebih-lebih lagi mendatangkan pepecahan dikalangan Umat Islam. Kefahaman yang benar mestilah ada bagi seseorang yang berada sesebuah organisasi Islam dengan mengikuti pra syarat dalam berorganisasi Islam. Oraganisasi Islam ini tidak boleh adanya percampuran pemikiran dan lain-lain pekara yang menyebabkan pepecahan dalam sesebuah organisasi Islam itu.
Salah satu pekara yang dingatkan sendiri oleh baginda yang jika dibiarkan berleluasa maka akan berlaku pepecahan yang besar. Didalam sebuah peristiwa yang Allah sendiri mengingatkan umat Islam agar tidak kembali murtad disebabkan kewafatan Baginda Nabi kerana Nabi merupakan pemimpin yang juga akan mati setelah selesainya tugas yang dijalankan. Tugas dan peranan nabi selepas itu mesti diteruskan oleh para Ulama’ bukannya terhenti dengan kewafatan nabi s.a.w. Kita ingat bagaimana adanya umat Islam yang kembali murtad dan ramai yang lemah semangat serta tidak kurangnya yang tidak dapat menerima hakikat bahawa nabi telah wafat termasuk Sayyidina Umar Al-Khottab sendiri sehingga dalam keadaan yang tidak terkawal ini lalu Sayyidina Abu Bakar berdiri gagah dihadapan para muslimin dan mengeluarkan kata-katanya yang tegas :
أيها الناس ! من كان يعبد محمدا فإن محمدا قد مات , ومن كان يعبد الله فإن الله حي لا يموت
Maksudnya : Wahai sekalian manusia! Sesiapa dikalangan kamu yang menyembah Sayyidina Muhammad s.a.w maka sesungguhnya nabi Muhammad telah wafat dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah terus hidup dan tidak sekali-kali akan mati.
Pekara ini sering kali menimpa kepada organisasi Islam. Banyak lagi ditulis oleh Ulama’-Ulama’ gerakan tentang pra syarat organisasi Islam serta bebrapa pekara yang tidak boleh berlaku dalam sesebuah organisasi Islam.
Oleh itu, kita jangan letakkan perjuangan disebabkan seseorang tetapi ia mesti dilakukan secara jemaah agar kekuatan dan perjuangan Islam terus kuat dan utuh. Takbir!!
Kini bebas kembali….