Sawang-sawang dalam perjuangan.

Jumaat, 10 Disember 2010


Assalamualaikum.. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah… hari ini mesti lebih baik dari semalam, dan hari esok mesti lebih baik dari hari ini.. Sepanjang kelahiran kita dalam meneruskan kehidupan diatas muka bumi Allah ini, telah banyak pekara kita lalui dan kini segalanya akan terus berlalu. Baru kemarin rasanya kita bergembira menikmati kemenangan dalam menjalani ibadah puasa.. Emm… risalah yang terbaru pun buat sahabat-sahabat yang lepas menceritakan tentang disebalik ramadhan 1431H. Sedar atau tidak, Syawal, zulkaedah, zulhijjah telah pun berlau. 1431 hijrah telahpun berlalu..

Sambutan hari raya aidil adha yang banyak mengingatkan kita kepada pengorbanan, yang telah dilakukan oleh para Ambia dan seluruh pejuang agama Allah. Semoga Allah memberkati segala pengorbanan yang telah dilakukan. Zulkaedah diantara bulan yang mendapat tempat dimana bulan yang dimuliakn Allah, bulan zulhijjah 1431 juga telah meninggalkan kita, dengan bermacam peristiwa yang berlaku dibulan tersebut, dengan kisah penghijrahan baginda Nabi Muhammad S.AW dari Kota Mekah ke Kota Madinah dan di dalam peristiwa tersebut banyak pengiktibaran yang dapat kita ambil daripadanya.

Menjadi kelaziman kepada kita diadakan ceramah-ceramah dan peringatan bagi mengingatkan kembali bagaiman kisah penghijrahan baginda Nabi S.A.W. seperti mana yang telah kita tahu, sejarah menukilkan hijrahnya Nabi bersama-sama para Sahabat, terpaksa berhijrah dalam keadaan berjaga-jaga agar tidak diketahui oleh pihak kuffar dan banyak rintangan yang dihadapi semasa baginda dan para sahabat berhijrah ke Madinah.

Begitulah asam garam dalam perjuangan menyebarkan dakwah dan menjadi satu kewajipan kepada kita berhijrah bagi meninggalkan pekara yang mungkar dan melakukan pekara yang diperintah oleh Allah. Hakikat dalam berjuang dan menyebarkan dakwah Islam ini banyak ujiananya. Dilihat peristiwa ketika Isra dan Mikraj yang baginda Nabi Muhammad S.A.W di bawa mengelilngi dunia dan diangkat ke langit tujuh dalam satu malam sahaja. Adakah tidak boleh Allah melaksanakan hijrahnya baginda nabi semudah itu dan tidak perlu manghadapi pelbagai rintangan? Itulah hakikat dalam menyebarkan dakwah islam banyak rintangan dan halangan yang mesti ditempuhi.

Seorang kekasih Allah diuji dengan pelbagai rintang, lebih-lebih lagi kita selaku hamba Alah yang banyak melakukan kesalahan. Janganlah takut nak berjuang wahai tentera-tentera Allah. Teruskan melaksankan amal islami, akan ada ertolongan Allah dan jika kalian tidak membantu Agama Allah, Akan Ada ornag yang kan menggantikan tempat kalian. Akan tetapi kalian tidakkah inginkan janji Allah Syurga bagi orang yang melakukan gerak kerja dakwah ini… Nak ke tak nak, kita semualah yang mesti melaksanakanya dan menjadi salah seorang tentera-tentera Allah...

Kenapalah masa berlalu begitu pantas ek...?? Pejam celik sekarang telah pun masuk tahun baru 1432 hijrah. Begitu cepat masa berlalu.. Rasanya baru semalam kita berada ditahun 1431 hijrah dan hari ini sudahpun masuk ketahun 1432 hijrah. Sedarlah wahai pemuda harapan bangsa dan agama. Jangan leka lagi.. Kitalah yang digelar pejuang, mengaku dan berjaji setia untuk terus thabat dalam perjuangan menyebar dahwah islamiah. Muhasablah kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun 1431 hijrah yang lepas.. Tepuk dada Tanya iman… Adakah kita ingin berada ditampuk yang lama..?

Dah lama tak posting artikel baru.. Ada la orang komen dah bersawang blog kini bebas ni.. Maner taknyekan… sekarang dah tak bebas cam dulu lagikan.. Taklifan semakin berat yang dipikul.. Akan datang mukin akan dibebani dengan amanah yang lebih besar lagi.. Yakin dan percayalah, Allah tidak akan memberikan satu taklifan melaikan seseorang itu mampu lekasanakan..

فَاسْتَمْسِكْ بِالَّذِي أُوحِيَ إِلَيْكَ إِنَّكَ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ (٤٣)

43. Dengan Yang demikian, berpegang teguhlah Engkau kepada Al-Quran Yang telah diwahyukan kepadamu; kerana Sesungguhnya Engkau berada di atas jalan Yang lurus.

وَإِنَّهُ لَذِكْرٌ لَكَ وَلِقَوْمِكَ وَسَوْفَ تُسْأَلُونَ (٤٤)

44. dan Sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya Yang kamu telah amalkan).
(Surah Al-zukhruf :43)

Berdasarkan firma Allah diatas, jelas bahwa kita semua telah pun menerima satu tanggungjawab yang cukup besar dalam memperolehi redho Allah. Ingatlah, Allah tidak menilai kemulian seseorang dengan, pangkat, harta, dan .jawatan, tetapi Allah akan memuliakan seseorang dengan Amalan dan gerak kerja yang dilakuan yang selari dengan apa yang dikehendaki oleh Allah.. Segalanya akan ditanya kemanakan dihabisakan kehidupan kita dimuka bumi Allah ini yang hanya sementara…

Ok la.. Nati kita sambung lagi la jika dipanjangkan umur… banyak lagi yang akan dicoretkan di blog yang usang lagi bersawang ini untuk kini bebas yang sudah terpenjara semula...

0 ulasan:

Catat Komen