Kenapa dinamakan Asyura' (Muharram) ???

Ahad, 27 Disember 2009






keistimewaan dan sebab dinamakan "Asyura" (10 muharram)

Pertama: Dinamakan Asyura' kerana Allah memberi 10 karamah terhadap Nabi Muhammad SAW. Dan ada pendapat lain dinamakan juga sempena 10 hari dari bulan Muharram kerana memuliakan 10 Para Nabi dengan 10 kemuliaan.

- Allah menerima taubat Nabi Adam A.S
- Allah mengankat Nabi Idris ke tempat yang paling tinggi.
- Terselamatnya kapal Nabi Nuh A.S dari ditenggelam oleh banjir besar.
- Allah meneriama taubat Nabi Daud A.S.
- Dilahirkan Nabi Ibrahim A.S dan terselamatanya dari dijilat oleh api.
- Allah menyelamatkan Nabi Musa A.S dari Firaun dan tenteranya dengan meneggelamkann firaun ke dasar lautan.
- Terkeluarnya Nabi Yunus A.S dari perut ikan Nun.
- Kembalinya kekuasaan kepada Nabi Sulaiman.
- Allah menyembuhkan penyakit yang dihadapi oleh Nabi Ayub A.s.
- Allah mengangkat Nabi Idris dan Nabi Isa A.S kelangit.

selain daripada kemuliaan para Nabi dengan itu dimuliakan hari asyura, dengan melakukan ibadat puasa.

Riwayat Husam bin Aswan daripadan ayahnya dripada Aisyah R.A katanya : hari asyura itu ialah puasa orang-orang quraisy pada zaman jahilliah. Rasulullah SAW berpuasa di mekah. Apabila sampai ke madinah Allah memrintahkan ke atas baignda dan Umatnya agar berpuasa di bulan Ramadhan.Maka Nabi Muhammad SAW bersabda; "Sesungguhnya aku diperintah berpuasa pada hari asyura , maka sesiapa sanggup berpuasalah, jika tidak mampu Maka tidak perlu dia berbuat demikian.

Diriwayatkan dari Asiyah R.H. katanya : Asyura ialah hari ke sembilan (muharram) sebahagian daripada mereka mengatakan hari ke sebelas (muharram) . Namun pendapat yang paling bnayak ialah hari ke sepuluh (muharram). Allahu Taala Wa a'lam..

0 ulasan:

Catat Komen