"Gemilang Islam dibawah kepimpinan Ulama'."

Sabtu, 31 Mac 2012



Cinta kepada Perjuangan Ulama’ adalah salah satu wasilah untuk capai kepada cinta kepada Allah… Cintailah Ulama’ pewaris dan penyambung perjuangan Nabi Muhammad SAW. Kita bukan yang memulakan perjuangan dan bukan juga pengakhiran perjuangan, kita adalah mata rantai perjuangan baginda Nabi Muhammad SAW.

Kepimpinan Islam berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah menjadi satu kemestian dan tidak diterima sesuatu organisasi itu adalah organisasi Islam melainkan matlamatnya adalah untuk mencapai redo Allah. Al-Quran menjadi sumber rujukan, Rasulullah sebagai qudwah hasanah dan mati syahid adalah cita-cita tertinggi yang diidamkan.

Melalui beberapa jalan bagi sesebuah organisasi itu dikatakan sebuah organisai Islam dengan benar-benar meletakkan syariat Allah itu yang paling tinggi. Dahulu, kini dan selamanya akan menjadi satu keadilan yang terjadi kepada mana-mana organisasi Islam yang ada sejak tertubuhnya sebuah negara Islam Madinah yang dipimpin oleh insan yang diutus oleh Allah, Baginda Nabi Muhammad SAW yang bukan sahaja Ulama’ bahkan Seorang Nabi pemimpin Ummah akhir zaman dan memberikan rahmat seluruh alam.

Firman Allah SWT :
وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ
Maksudnya : Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.
(Surah Al-nur 24: Ayat 52)

Ulama' yang mendominasi didalam kepimpinan adalah satu pekara yang amat wajar terjadi kerana mejadi satu sunnah yang dilakukan sendiri oleh Baginda Nabi Muhammad SAW. Yang merupakan seorang yang alim rabbani dan baginda sendiri merupakan idola para Ulama’ dan pemimpin-pemimpin dunia. Baginda menjadi contoh yang diguna pakai oleh mana-mana kepemimpinan dunia baik dari orang beragama Islam mahupun sebaliknya.

Dalam pemilihan Ulama’ sebagai pemimpin sesebuah organisasi atau jemaah mahupun Negara, ulama itu juga diberikan mandat yang tinggi dan gelaran sebagi pewaris kepada perjuangan Nabi yang meletakkan Islam sebagai agama dengan berasaskan ilmu bukannya terhasil dari kejahilan. Ulama’ ini makruf terhadap kelebihan yang ada pada firasatnya dalam menentukan sesuatu keputusan. Ulama’ ini juga lebih memahami amanah yang berat sebagai pemimpin dan semestinya akan memimpin dengan penuh rasa tanggungjawab dan tidak boleh dilaksanakan secara sambil lewa.


Ternyata dalam sejarah yang membuktikan bahawa kepimpianan Ulama’ adalah kepimpinan yang amat hebat pemerintahannya, dengan ini tidak lagi dapat dinafikan kepentingan Ulama’ dalam mendominasi kepimpinan sesebuah organisasi, jemaah mahupun Negara.

Ini jelas lagi bahawasanya betapa besarnya peranan Ulama’ dalam mengembalikan semula keagungan Islam sebagai agama yang memerintah dunia. Kepimpinan Ulama’ bukan hanya dipayungi oleh syariat yang ditunjuk oleh baginda Nabi, bahkan segala apa yang dipertanggungjawabkan dan amanah yang mereka tanggung itu lebih merka fahami dan keikhlasan yang tinggi dalam melaksanakan sesuatu pekara itu.


Firman Allah :
إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ

Maksudnya :Di antara hamba-hamba Allah yang takut kepada Allah hanyalah para Ulama’.
(Surah fathir ayat 28.)

Oleh itu, kita sebagai umat Islam yang cintakan Allah dan rasulNya maka semestinya terus berada dibelakang para Ulama’ yang ikhlas berjuang untuk sama-sama meninggikan kalimah Allah. Biar dikeji, dicaci, dimaki dan dilontar dengan pelbagai tohmahan namun perjuangan Islam mesti diteruskan sehingga hari qiamat. Kita begitu yakin dengan janji kemenangan oleh Allah kepada Islam yang sempurna ini. Waktu dan ketika untuk datangnya pertolongan dan kemenangan daripada Allah itu sudah begitu hampir. Cuma persediaan kita dalam melahirkan diri sebagai umat yang bakal duianugerahkan dengan kemenangan yang dijanjikan ini sahaja yang mesti disiapkan segera selari dengan syariat yang dipimpin oleh kepimpinan Ulama’.

Tiada lagi masa untuk kita berehat dan bergurau senda untuk mencapai perkara ini Ayuh bagunlah!! Tunaikan perintah Allah. Satu matlamat satu tujuan, bersama membangun bersama Islam. Satu fikrah satu amal, kefahaman yang sama dan diiringi dengan amalan yang sempurna, Insyallah kita akan mencapai kemenangan kelak.

Satu pekara yang perlu kita ingat, kekuatan Islam tidak berdiri di atas kekuatan perseorangan tetapi ia tertegak di atas kekuatan jemaaah. Perjuangan Islam mesti dilakukan ikhlas kerana Allah bukannya disebabkan oleh seseorang yang hebat dalam memimpin atau dengan kepimpinan yang dipimpin ulama’semata-mata.

Sekiranya pekara ini terjadi, akan berlaku perpecahan yang amat ditakuti dan disenagi oleh musuh-musuh Islam. Apabila belakunya masalah ini ditambah dengan kecelaruan pemikiran akan lebih-lebih lagi mendatangkan pepecahan dikalangan Umat Islam. Kefahaman yang benar mestilah ada bagi seseorang yang berada sesebuah organisasi Islam dengan mengikuti pra syarat dalam berorganisasi Islam. Oraganisasi Islam ini tidak boleh adanya percampuran pemikiran dan lain-lain pekara yang menyebabkan pepecahan dalam sesebuah organisasi Islam itu.

Salah satu pekara yang dingatkan sendiri oleh baginda yang jika dibiarkan berleluasa maka akan berlaku pepecahan yang besar. Didalam sebuah peristiwa yang Allah sendiri mengingatkan umat Islam agar tidak kembali murtad disebabkan kewafatan Baginda Nabi kerana Nabi merupakan pemimpin yang juga akan mati setelah selesainya tugas yang dijalankan. Tugas dan peranan nabi selepas itu mesti diteruskan oleh para Ulama’ bukannya terhenti dengan kewafatan nabi s.a.w. Kita ingat bagaimana adanya umat Islam yang kembali murtad dan ramai yang lemah semangat serta tidak kurangnya yang tidak dapat menerima hakikat bahawa nabi telah wafat termasuk Sayyidina Umar Al-Khottab sendiri sehingga dalam keadaan yang tidak terkawal ini lalu Sayyidina Abu Bakar berdiri gagah dihadapan para muslimin dan mengeluarkan kata-katanya yang tegas :

أيها الناس ! من كان يعبد محمدا فإن محمدا قد مات , ومن كان يعبد الله فإن الله حي لا يموت

Maksudnya : Wahai sekalian manusia! Sesiapa dikalangan kamu yang menyembah Sayyidina Muhammad s.a.w maka sesungguhnya nabi Muhammad telah wafat dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah terus hidup dan tidak sekali-kali akan mati.

Pekara ini sering kali menimpa kepada organisasi Islam. Banyak lagi ditulis oleh Ulama’-Ulama’ gerakan tentang pra syarat organisasi Islam serta bebrapa pekara yang tidak boleh berlaku dalam sesebuah organisasi Islam.

Oleh itu, kita jangan letakkan perjuangan disebabkan seseorang tetapi ia mesti dilakukan secara jemaah agar kekuatan dan perjuangan Islam terus kuat dan utuh. Takbir!!

Kini bebas kembali….
READ MORE - "Gemilang Islam dibawah kepimpinan Ulama'."

Syria & Syiah.

Selasa, 13 Mac 2012



Syria Oh Syria….

Save Syria and le’t pray for them..

Kelibat bayangan roh perjuangan anak-anak dan rakyat Syria Asunni di Homs dan merata bumi Syria. Sedia menagis memejamkan mata ku pohon doa pada Mu Yang Esa.

Anak-anak kecil yang tidak berdosa, pemuda-pemuda penggoncang dunia, pemudi-pemudi sayap kiri perjuangan yang tanpa henti menobat perjuangan mempertahankan bumi tercinta demi Islam.

Tidak takut, tidak gentar , tiada bermakna hidup hanya bergelar syahid yang dijanji syurga. Jangan usir jangan gentar kami tetap mara melawan musuh yang tidak tahu makna dosa. Sedih tidak terhingga mengenang nasib bumi Islam Syria. Andai pintu kota syahid dibuka medan tempur satu dunia Islam siap sedia.

Besar hikmahnya terjadinya revolusi di bumi Syria yang selama ini kita dikaburi oleh satu fahaman keagaman yang menyebabakan kebanyakan ummat Islam merata dunia menganggap fahaman agama Syiah itu satu fahaman agama yang ianya daripada agama Islam.

Hakikatnya kita perlu tahu bahawasanya selain daripada fahaman yang tidak mentauhidkan Allah S.W.T. adalah terkeluar daripada agama Islam. Seperti mana yang kita ketahui bahawasanya Agama syiah ini satu fahaman keagaamaan yang terkeluar jauah menyimpang daripada agama Islam.

Melihat kepada apa yang terjadi di bumi Syria (SHAM) hari ini telah diperintah oleh satu fahaman agama syiah yang sangat teruk dan sangat zalim dalam pemerintahannya.

Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan kebocoran dari satu dokumen mengenai kejahatan yang telah dilakukan dan perancangan akan dilaksanakan oleh pemimpin tertinggi di bumi Syria iaitu rejim Bashar Al-Assad dan kaum keranbatnya yang berfahaman agama syiah.link

Jika kita buat kajian mengenai beberpa buah Negara yang berada di timur tengah dan bumi yang kebanyakan hari ini berlakunya revolusi, Mesir contohnya yang hanya bebarapa hari sahaja telah Berjaya menumbangkan pemerintahan yang zalim. Di bumi Tunisia, Yaman, Libia dan Negara –Negara yang lain di timur tengah. Kajatuhan pemerintah yang diktator di bumi meraka itu, Berjaya yang mana kebangkitan seluruh umat Islam tidak dicampur tangan oleh fahaman agama Syiah.

Beralainan dengan bumi Syria yang diperintah oleh Syiah yang rupa-rupanya mereka ini mempunya hubungan kuat dengan musuh-musuh Islam yang lain dan mereka ini salaing mempertahankan agama mereka. Negara Iran Yang Pemeimpinnya juga telah membantu rejim Basyar Al-Assad dalam mengekalkan pemerintahan Syria mereka yang zalim itu. Tidak terlepas juga bantuan yang diberikan oleh Hizzbullah dari Lubnan yang juga berfahama agama syiah sama dengan mereka telah memberikan bantuan dalam mengekalakan pemerintahan agama syiah dapat diteruskan.

Seorang anggota Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Syria, Samir Nasyar mendedahkan bahawa Basyar Al-Asad dan militianya merancang mencetuskan perang saudara di Syria dan memecahkan negara itu. Nasyar berkata, politik yang dilakukan rejim Syria hari ini (iaitu pembunuhan rakyat awam) akan menyebabkan rakyat Syria terpaksa memikul senjata bagi mempertahankan diri. Beliau menyeru pihak antarabangsa masuk campur bagi menggagalkan perancangan Basyar.

Kata beliau, "Pada waktu akan datang, Syria baru akan membentuk negara yang banyak sedangkan revolusi Syria amat jelas iaitu revolusi yang aman akan tetapi rejim Basyar memaksa rakyat bagi mengangkat senjata."

Lihatlah betapa sadisnya gambar ini. Inilah di antara kezaliman dan betapa binatangnya rejim Bashar membunuh orang Islam Sunni di Syria.















Menurut sumber, gambar ini menunjukkan sebuah keluarga yang dibunuh dengan kejam oleh rejim. Pada mulanya, anak kecil tersebut disembelih dan dibunuh dihadapan kedua ibu bapanya. Kemudian ibunya dirogol oleh rejim dan dibunuh dengan kejam sekali.


Banyak lagi gambar-gambar yang begitu teuk akibat kekejaman yang dilakukan oleh pemerintah yang zalaim rejim Bashar Al-Assad Syria.

Penyembelihan terbaru di Bab Siba' bertarikh 11 Mac 2012: Mayat kanak-kanak dan wanita memenuhi hospital awam.
Sebuah pertubuhan pembangkang Syria mendakwa angka kematian rakyat Syria hingga kini melebihi 15,000 orang sejak tercetus revolusi setahun yang lalu.

Banyak maklumat lagi boleh diperolehi daripada facabook Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria.




Ulama’ - ulama’ dan para cendiakawan banyak menulis tentang bahayanya fahaman agama syiah ini menyeleweng daripada agama Islam dan yang menyebabkan berlakunya kezaliman yang dasyat dengan menindas sesiapa sahaja yang tidak sealiaran agama dengan mereka.

Syeikh Said Hawwa, tokoh gerakan Islam terkemuka pernah mendedahkan dalam risalah beliau bagaimana pengkhianatan pengasas Revolusi Syiah Iran, Khomeini terhadap Islam. Beliau mededahkan:

"Dalam kitab Kasyful Asrar karangan Khomeini ditulis bagaimana Khomeini menyatakan bahawa di sisi Syiah terdapat Al-Quran atau Mashaf selain "Mashaf Resm Uthmani" yang dipanggil "Mashaf Fatimah". Mengikut Khomeini, selepas kewafatan Rasulullah s.a.w Jibril masih menurunkan wahyu kepada Fatimah, puteri Baginda s.a.w dalam tempoh 75 hari dan Jibril menceritakan kepada Fatimah perkara-perkara yang akan berlaku di kemudian hari. Antara yang dikhabarkan oleh Jibril kepada Fatimah ialah "AKAN BERLAKU REVOLUSI DI IRAN SATU HARI NANTI".

Oleh kerana itu, Khomeini tidak pernah mengiktiraf Al-Quran Resm Uthmani yang kita baca pada hari ini kerana bagi mereka,MASHAF FATIMAH adalah lebih sempurna. Inilah antara kesesatan Khomeini yang kononnya disanjung sebagai AYATULLAH dan IMAM!
Kebanyakan Ulama’ Seluruh duni telah pun mengeluarkan Fatwa terhadap apa yang berlaku di bumi Syria ini. Wajiblah kita membantu rakyat Syria kini dalam tindasan kekejaman rejim Fahaman agama syiah.

Kini rakyat syria , mereka sudah tidak mengharapkan sesiapa melainkan bantuan daripada Allah. Saban hari anak-anak dan suami-suami mereka dibunuh dan disembelih oleh rejim Bashar tetapi masyarakat dunia diam dan bisu seribu bahasa.

Sudah tiba masanya meraka keluar berjihad mempertahankan agama dan maruah mereka. Jangan lupa mereka di dalam doa kita. Wallahul musta'an.
READ MORE - Syria & Syiah.

Jangan Sembang Lebat Nak dapat Ujian Hebat

Isnin, 12 Mac 2012



Bertemu tanpa bersuara, sepi tidak bermakna tiada. Salam bicara tanpa kata. Kegelisahan menimpa apabila dugaan tanpa diduga…

Lama tak update, pejam celik dan masuk tahun 2012…!!

Sebelum kaki melangkah naik menuju kepuncak gunung tribulasi, sediakanlah kelengkapan pendakian yang penuh duri. Selaku pemuda yang nak jadi murobbi, bersediakah anda menghadapi situasi yang penuh mencabar bagi meneruskan sisa kehidupan. Andai anda adalah pendidik kepada generasi akan datang, tidak takutkah anda dengan keadaan yang anda hadapi sekarang yang sudah cukup mencabar...

Dimanakah syabab yang akan mengegarkan dunia seperti yang telah berlaku pada suatu ketika dahulu.

Malam yang penuh dinging dengan kehibaan, indahnya bulan ciptaan Yang Maha Agung. Riuh rendah kedengaran sahut menyahut segerombolan anjing dangan segerombolan anjing yang lain.. Tiba-tiba keadaan menjadi tenang dengan suasana yang kedinginan teramat sangat, kesayuan kedengaran suara azan berkumandang menjadikan isyarat masuknya waktu azan solat subuh.
Oh, rupa-rupnya alam henset mengejudkan bagun bertahjud…

Emm.... Alangkah indah jika segalanya kerana Allah…
Kaki melangkah terus bergerak untuk menjadi tetamu Allah dan memohon barakah diatas segala amalan yang telah dilaksanakan.

Sambung semula mengikut gerak hati meneruskan penulisan yang lama menyepi...

Syabab (pemuda) hari ini adalah genarasi yang akan memimpin akan datang. Beberapa pekara yang kian dilupakan sesetengah masyarakat kini yang inginkan masa depan anak-anak mereka begitu indah dan penuh memberi makna serta sangat bernilai tetapi sembang tiada bunyi tanpa erti.

Benih yang baik akan menghasilkan sesuatu pertumbuhan yang baik dengan hidup subur tanpa anasir-anasir menggangu proses pertumbuhannya.

Setelah lama kini bebas mendiam diri tidak bersua dialam maya. Gerakan jari jemari untuk terus dengan panuliasan terhenti seketika disebabkan uruf tak mengizinkan.

Tugas dakwah masa kini semakin hari semakin mencabar dan mengikut era perubahan zaman.

“CABARAN YANG HEBAT UNTUK ORANG YANG HEBAT”

Seorang sahabat Baginda Nabi Muhammad S.A.W bertanya kepada baginda?

Siapakah orang yang paling hebat ujiannya?? Wahai Kekasih Allah...

Jawab baginda Nabi : Iaitu orang yang tinggi darajadnya…( Para Nabi, dan seterusnya)

Bermakna orang yang hebat akan menerima cabaran yang hebat. Tidak ternafikan kehebatan baginda Nabi, para Sahabat, para Tabiien, dan seterusnya. Mereka menerima ujian yang cukup hebat sepanjang perjalanan kehidupan mereka bagi memeruskan perjuangan membawa risalah Islam.

Nak jadi hebat mesti sanggup menerima cabaran dan ujian yang hebat. Tetapi orang yang menerima ujian ,cabaran yang hebat tidak semetinya hebat. Kerana kadang kala mereka tegelincir dan hanyut dengan ujian yang membuatkan mereka terus lemah dan terus semakin lemah.

Moga kita diberikan ujian yang mampu kita hadapinya dan sentiasa dalam bimbingan rahmat serta petunjuk daripada Allah..

Tepuk dada Tanya, apa kata hati (iman)…….???

Jangan Sembang lebat nak dapat ujian hebat….
READ MORE - Jangan Sembang Lebat Nak dapat Ujian Hebat