Pemuda ' Pelapis abad ke 21'

Sabtu, 26 Jun 2010



Manusia diberikan akal fikiran untuk berfikir, dimana berbeza dengan makhluk ciptaan Allah yang lain. Sungguh istimewa ciptaan Allah ini, Kehidupan yang diberikan dengan penuh kenikmatan sehinggakan lupa ianya hanya sementara sahaja..

Buat tatapan pengunjung, kita sedang menuju ke abad ke 21, kesemua Negara-Negara yang maju sekarang berlumba-lumba dalam bersaing untuk menunjukkan kemajuan yang mereka kecapi adalah yang terhebat. Pembanggunan yang berkembang pesat, peningkatan sektor ekonomi juga kian meninggkat. Zaman menuju abad ke 21 ini begitu mencabar bagi sesiapa yang tidak dapat megawasi jiwa dan hati daripada mengikut hawa nafsu.

Manusia akan terus leka dengan kemajuan dan ledakan teknologi canggih dalam menuju zaman abd ke 21 ini.

Banyak perubahan yang berlaku kepada peradaban dan budaya hidup terutama kepada remaja muslim dengan keruntuhan Akhalak, kefahaman terhadap agama yang sebenar, dan jika kita lihat remaja muslim sekarang sudah tidak mampu dalam mencari identiti seorang remaja muslim.

Bagi mengatasi masalah ini kita sama-sama akan mencari jalan penyelesaiannya. Penerapan budaya islam dan pemahaman terhadap agama itu perlu seimbang dengan kemajuan yang kita kecapi.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (١٨)

18. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa Yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan.

Remaja, ataupun digelar sebagai pemuda ini adalah menjadi tunggak utama kepada pembanggunan dan menjadi kepada pelapis ulama’ ganerasi akan datang. Pembentukan syasiah islamiah amat penting bagi menjamin generasi akan datang menjadi lebih baik.

Hari ini kita perlu sedar bahawa kelemahan iman dan penguasaan hawa nafsu dalam jiwa remaja muslim yang tidak dapat dikawal adalah punca keruntuhan akhlak islamiah dan mejadi salah satu penyebab kepada terpisahnya agama dalam kehidupan. Generasi mudalah yeng perlu dijaga dan dibentuk dengan nilai-nilai yang baik dan akhlak yang terpuji supaya dunia islam kelak akan menjadi aman dan tenteram. Bangkitlah wahai remaja dan pemuda islam penggerak kepada Agama islam kelak. Letakakanlah iman dalam segalanya. Tepuk dada tanya iman…

0 ulasan:

Catat Ulasan