Antara Perspektif Ulama' dan Golongan Sekular (kesempurnaan Agama Islam)

Isnin, 21 Jun 2010



Kesempurnaan Agama Islam tidak dapat disanggah lagi dengan kajian dari seluruh ilmuan dunia Islam mahupun Sekular. Pahlawan-pahlawan Islam yang telah mencetuskan dan membawa risalah Islam dengan konsep mengaitkan agama dengan politik dan bersifat sempurna (keseluruhan). Mereka ini cukup banyak berjasa dengan pembangunan , peningkatan serta kemajuan tamadun Islam. Dahulunya Islam ditentang oleh pemikir-pemikir Modernis, Sekularis ataupun Marxis yang mengaitkan As-siasah ini dengan agama (politik dan agama).

Ibnu Abdul Wahab, Al-Mahdi, Khaidirudin At-Tunisi, Al-Amir Abdul Qadir, Jamaluddin Al-Afghani sampai Al-Qawakibi, Muhammad Abdul Ayakib Arsalan, Rashid Ridha, Hassan Al-Banna Di Mesir, Ibnu Badis dan sahabat-sahabat di Algeria, Alal Al-Fasi di Magribi Al-Maududi di Pakistan dan ramai lagi yang mereka ini telah bersepakat bahawa Syariat Islam merangkumi Aqidah dan Syariat , Dakwah dan Daulah, serta Agama dan Politik.

Mereka ini bukan sahaja membuktikan melalui teori-teori sahaja, bahkan mereka sendiri yang terjun ke medan As-siasah (politik). Mereka sendiri Merasa kenikmatan-kenikmatan yang tidak dapat dirasai melainkan dengan berada didalam kancah politik sendiri. Dengan semangat dan kekuatan yang diberikan mereka mampu menghadapi kekejaman, dan segala macam ujian dalam mempertahankan konsep ini. Demi Islam dan demi mempertahankan sayriat, mereka sanggup mengorbankan diri mereka.

Semangat dan roh perjuangan yang ada didalam diri pejuang-pejuang Islam ini, dalam mempertahankan konsep (Agama dan Politik) kesempurnaan Agama Islam. Apabila difikirkan semula, mengapa mereka sanggup menerima kesengsaraan.??

Para pengkaji dan penyelidik Ilmuan Islam, mereka mengagumi apa yang telah dibawa oleh pahlawan-pahlawan Islam ini, dengan konsep yang dibawa dan membuktikan bahawa Agama Islam yang disyariatkan oleh Allah, tidak mengabaikan satu aspek pun dalam kehidupan kita. Islam memberikan segala petunjuk hidup sama ada material ataupun spiritual serta individu mahupun social.

Ini semua mendapat kesepakatan dari Ulama Ahli Usuliyyin mahupun Fugaha daripada semua kalangan Mazhab serta yang menisbahkan diri mereka kepada Agama (Islam). Para Ilmuan bukan Islam juga bersama dalam kesepakatan ini dalam secara tidak sedar.

Kesemua ini telah dibuktikan dengan Al-quran dan As-sunnah bahwa Agama Islam ini bersifat Syumul (sempurna).

Firman Allah :
لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لأولِي الألْبَابِ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَى وَلَكِنْ تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ (١١١)
111. Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran Yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang Yang mempunyai akal fikiran. (kisah Nabi-nabi Yang terkandung Dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita Yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa Yang tersebut di Dalam Kitab-kitab ugama Yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan Yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum Yang (mahu) beriman. (Surah Yusuf ayat 111)

Ayat ini membuktikan bahawa Islam adalah petunjuk kepada segala aspek kehidupan. Petunjuk bagi seluruh manusia, bagi manusia secara keseluruhannya samaada agama dan politik, dakwah, daulah, tarbiah, dan lain-lain lagi. Agama Islam kesemuanya adalah berkaitan diantara satu sama lain, sama ada berupa aqidah, syariah, akhalak, ibadah, ataupun muamalah.

Sama sekali tidak benar jika dikatan bahwa islam memadai dengan memiliki masjid, manakala sekularisma yang sekolah, pembanggunan, kehakiman,kenegaraan, system pentadbiran, Media massa, teater, pasar-pasar, university, dan lain-lain. Islam adalah merangkumi segalanya.

Malangnya kini ramai yang menolak konsep ini, dan masih tidak memahami bahwa agama Islam ini bersifat Syumul( Sempurna). Penerimaan terhadap kesempurnaan dalam Agama Islam juga dinafikan dalam masa yang sama itulah hakikatnya Agama Islam adalah berkaitan dengan Kehidupan manusia segalanya dunia mahupun Akharirat.


0 ulasan:

Catat Ulasan