"Cintaku kepada Penyampai Risalah"

Rabu, 23 Jun 2010



Cintaku kepada penyampai risalah Agung, penghunbung diantara pencipta dengan ciptaannya. Kiranya tiada cinta insani untukku.. Cukuplah cinta Allah penyuluh hidupku... Moga kelak akan ada cinta untukku daripada insan yang mencinta Allah sebagaimana cintaku kepadanya..

Cinta kepada Rasulullah SAW adalah ukuran keimanan. Berang siapa yang ingin menguji kadar keimanan, hendaklah ia merasakan seberapa besar kecintaannya kepada Nabi Muhammad SAW. Junjungan kita.

Apakah ia mencintainya dengan cinta sejati dan sempurna?

Apakah ia mencintai lebih daripada cinta kepada harta?

Melebihi cinta kepada puteranya? Bahkan , lebih dari cintanya kepada diri sendiri?


Ketika mencintainya, seorang insan mukmin akan tenteram dan tenang kerana telah sempurna imannya.

Ianya akan selalu memuji Allah yang telah memuliakannaya dengan nikmat Islam. Kita pun memuji Allah yang telah memuliakan kita dengan manusia terbaik yang pernak ada.

Dia telah mengutus bagi kita, makhluk yang temulia di sisinya. Dialah pemimpin para rasul, seorang yang jujur, pemberi petunjuk, dan seorang yang terpecaya terhadapa orang mukmin, beliau sangat pengasih dan penyayang. Dialah rasul yang mulia, rasul yang terpecaya. Penutup para Nabi dan Rasul semuanya.

Dialah yang tebaik ajarannya dan paling benar ucapannya, hamba yang paling jujur, yang menyatakan kebenaran dan mengungkapkannya secara terus-terangan. Dialah yang “ Termulia diantara penyeru kepada kebenaran, seorang hamba pilihan yang benar, dan yang dibenarkan”. Dialah “ Orang yang berakhalak dermawan” dan ’selalu menunaikan janji”.

Dialah yang dimaksudkan …..

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ (١٢٨)

Terjemahannya..

128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman.

Dialah Rasul utusan Allah, rahmat yang menjadi anugerah, ia telah menyampaikan risalah, menunaikan amanah, memberi nasihat kepada umat.

Dia berjihad dijalan Allah hingga ajal datang menjemputnya. Dia tidak pernah berbicara kecuali itu benar dan tidak pernah melakukan kecuali kebaikan akhalaknya terbaik, diserta kharisma yang berwibawa dan perangainya yang sangat menyantuni.

Dialah rahmat yang dihadiakhkan kepada seluruh alam ini…

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ (١٠٧)

Terjemahannya….

107. Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Perbanyakkanlah mengingati sirah perjuangan baginda Nabi tercinta dan sentiasa berselawat keatas baginda serta kaum keluarganya dan para sahabat, seterusnya penyambung rantai perjuangan Baginda Nabi Muhammad SAW. Akanku pertaruhkan segalanya demi engkau Ya Rasulullah...

0 ulasan:

Catat Ulasan