Selamatkan Bumi Islam, " Islam Tetap Tinggi Menjulang "

Ahad, 3 Januari 2010



Salam bicara kepada semua... Masih kah kita ingat lagi sejarah islam yang dahulunya ketika zaman pemerintahan khalifah uthmaniah yang merupakan zaman kegemilangan islam dan zaman kebangkitan umat islam. Hari ini, hanya ia menjadi sejarah buat umat islam seluruhnya, kini kita dibongkarkan siapakah yang menguasai dan memerintah dunia yang hanya sementara, bila-bila masa sahaja akan sampai masa yang dikatakan hari kiamat!! Bermacam-maca tanda dan peristiwa kedatangan hari kiamat!!

Masih banyak kisah dan peristiwa sejarah islam yang perlu kita ketahui bahkan kita yang bergelar umat Nabi Muhammad SAW, adalah tidak dapat itdak mengetahui sirah baginda dan sejarah agama islam yang kita anuti ini. Dalam kita mengetahui tentang sirah Baginda Nabi Muhammad SAW moga kita sama-sama dapat mempraktikkan dalam kehidupan seharian kita. Dengan mengetahui sejarah silam Islam dan sirah baginda Nabi serta para Sahabat dalam memperjuangkan islam, kita semestinya akan dapat merasa sendiri roh perjuangan dalam menegakkan kalimah LA ILAHA ILL ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH. Dalam pembacaan kita tentang sejarah islam melalui kitab sirah Nabi dan buku-buku sejarah islam sudah cukup memberikan panduan kehidupan kita dalam menyelusuri arus kehidupan.

Sebab apa dan kenapakah dikalangan umat Islam hari ini ada yang terpanggil untuk membela Islam dan ada yang tidak langsung ingin membantu dalam mempercepatkan kemenangan islam kelak bagi menyambung dan menyahut seruan takbir memperjuangkan islam. Kadang-kadang selalu kita menuding jari mengatakan, biarlah orang lain yang buat! Insyaallah Allah akan tolong nanti....??? persoalannya siapa yang menjadi orang lain itu..?? Tepuk dada tanya iman....!!
Bersama kita memperingati sejarah yang membuktikan kita bahawa musuh islam sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menjatuhkan sekali gus melenyapkan agama islam diatas muka bumi dengan bermacam cara. Kita disedarkan dengan kejadian-kejadian yang berlaku, penindasan kepada orang islam di bumi palestin, di negara-negara islam yang lain, mereka bergerak secara terus terang dalam menghapuskan islam di muka bumi ini. Mereka yang dahulunya takut akan islam, yang kininya merasakn islam amat mudah dipermainkannya tanpa ada rasa takut lagi. Ternyata merekalah kaum kafir ( Yahudi dan Nasrani ) sentiasa berusaha untuk menghapuskan orang islam. Kita dinyatakan lagi didalam Al-Quran dengan Firman Allah:

Surah Al-Bakarah ayat 120 : Bermaksud;

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “ sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk ( yang benar )”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

Jelaslah bahawa kita tidak lagi boleh duduk berdiam diri, peluk tubuh dengan mengecapi kenikmatan yang diberikan dan membiarkan musuh islam berleluasa dalam merancang untuk menghapuskan islam. Hari ini kita lihat umat islam di tempat lain ditindas, tidak mustahil kemudian hari ditempat kita pula menjadi mangsa musuh Islam dan tidak mustahil juga kita sendiri menjadi mangsa musuh islam jika kita hanya duduk berdiam diri sahaja. Ayuh bagunlah dari mimpi yang tidak akan habis episodnya. Larilah dari dunia yang menghayalkan. Kembalilah ke pangkal jalan...
Wahai pembaca blog sekalian, jangan jadikan kita salah satu punca kegagalan dan asbab kepada berlakunya kemusnahan agama islam dan bersama kita berdoa agar diberi nusrah (pertolongan) dalam menyahut seruan perjuangan. Bersama-sama kita mendidik jiwa agar menjadi seorang pejuang agama Allah yang hakiki. Ya Allah, kami memohon Agar Engkau Pelihara kami dari digolongkan kepada golongan yang menghancurkan islam dan jangan jadikan kami asabab kepada kebocoran dan pecahnya benteng pertahanan dalam menegakkan AgamaMU YA ALLAH...!!

Mungkin inilah jawapan kepada persoalan yang dinyatakan tadi, kenapa sesetengah sahaja daripada kalangan umat islam yang sanggup menjadi pejuang yang hakiki?? Ya Allah berikanlah kami kefahaman dalam islam yang sebenar. Dengan kefahaman tehadap islam yang sebenarlah kita akan meraih nikmat dalam perjuangan yang hakiki. Bagaimana pula kita ingin dapatkan kefahaman yang sebenar??

Dalam mempelajari ilmu Agama Allah kita dapat memahami sesuatu pekara itu dengan sebenar-benarnya. Ayuh bersama mendalami ilmu agama dengan bersungguh-sungguh agar kita tidak lagi berada dalam kesesatan yang semestinya akan merugikan kita dan melambatkan kemenangan islam kelak. Tepuk dada tanyalah iman...?? Nak lagi jawapan, bersama kita susuli arus kehidupan dengan mencari kebebasan yang sebenar. Bertemu dengan kini bebas dalam coretan kata yang akan datang...

0 ulasan:

Catat Ulasan