Rabu, 20 Januari 2010

Dalam mencari erti kebebasan…

Salam ketemu kembali bersama kini bebas dalam menyelusuri arus kehidupan. Semoga pengunjung-pengunjung dan pembaca blog kini bebas ini dapat manfaat daripadanya. Terfikir sejenak, apakah cara yang sepatutunya kita buat untuk membantu sahabat-sahabat seperjuangan dalam crew free our mind dalam memberikan maklumat pergerakan kumpulan atau golongan elit yang sedang memerintah dunia hari ini.
Susah jugak nak bebaskan disetiap pemikiran manusia hari ini dari dikawal oleh golongan elit (kumpulan Illuminati) dalam melaksanakan agenda jahat untuk terus menguasai dunia.
Percaya atau tidak percaya, kita semua akan terpengarauh dengan mereka, kecuali dengan kefahaman yang jelas tujuan asal kita manusia dan semua makhluk yang ada di muka bumi Allah ini diciptakan. Semestinya adalah kita ini diciptakan untuk mengabdikan diri kepada Allah yang Maha Kuasa Segala-galanya.

Keimanan yang kuat dan kefahaman yang jelas, terhadap hakikat sebenar kita diciptakan, (hamba kepada Allah) sahajalah kita akan berasa tenang dalam menyelusuri arus kehidupan. Buktinya, Sejarah dan sirah perjuangan Baginda Nabi telah menunjukkan bahwa hakikat kita semua adalah seorang hamba. kembalilah kita ke sang Pencipta yang hakiki. Allah Maha Berkuasa.

Jika kata tiada pegangan akidah yang kuat, nescaya kita akan terjerumus kedalam lembah kebinasaan dan terus mengikut hawa nafsu yang menguasai jiwa. Syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan kita untuk terus taat setia dengan hawa nafsu yang membinasakan kita bagi menempatkan kita nati kedalam Neraka yang amat pedih seksaannya...

0 ulasan:

Catat Ulasan