Pertahankan Bumi Islam

Isnin, 21 Disember 2009



Kini bebas dalam menyampaikan maklumat yang tidak semua orang tahu, bersama kita menkaji sejarah perjuangan kemerdekaan umat Islam di Palestin (atau dalam istilah nasionalisme sebagai perjuangan nasionalisme/kebangsaan Arab Palestin)ianya dimulakan oleh Hamas pada tahun 1997 bila tercetusnya intifadah yang pada awalnya hanya bersenjatakan batu-batu yang dibaling kearah kereta kebal tentera Israel. Sejarah panjang tersebut sebenarnya bermula sebelum kelahiran negara haram Israel seawal tahun 1922 sebaik sahaja PBB meluluskan resolusi merestui Britain menduduki bumi Palestin pada 27/7/1922 menyebabkan berlakunya pemberontakan-pemberontakan kecil sekitar Palestin dan tiba ke kemuncaknya pada 1936 bila berlaku pemberontakan dan rusuhan besar-besaran di seluruh Palestin selama 6 bulan berturut-turut yang dipimpin oleh Mufti Palestin ketika itu Syeikh Muhammad Amin Al-Husaini yang mengetuai satu organisasi yang diberi nama Jawatankuasa Tertinggi Arab Palestin (اللجنة العربية العليا)) sebagai bantahan dan protes terhadap penghijrahan beramai-ramai Yahudi seluruh dunia kebumi Palestin diikuti dengan rampasan tanah-tanah milik peribumi Palestin sehingga membawa kepada pembahagian Palestin kepada dua wilayah pada tahun 1937. Ini adalah satu usaha secara halus dan berperingkat-peringkat untuk menghilangkan dan akhirnya melenyapkan kedaulatan umat Islam Arab keatas bumi Palestin , termasuklah Masjid suci Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan dalam peristiwa Al-Isra’ dan Mikraj yang menjadi amanah diatas bahu setiap umat Islam di seluruh pelusuk muka bumi.

Bersamalah kita meletakkan dalam hati kita bahawa aku akan pertahankan bumi Palestin dana bercita-cita untuk berjihad dijalan Allah, ramai kalangan Mujahid yang kita sangjungi dan menjadi lambang syiar perjuanagn islam itu adalah cukup besar dan bersamalah kita doakan para mujahid dan mujahidah yang masih terlena dalam jaga untuk bersama-sama bangun mempertahankan islam tidak kira dimana sahaja keberadaan kita mestilah memperjuanagkan islam.

Sebagai umat islam yang rasa tanggungjawab catatan sejarah yang ramai tidak mengetahui,apa lagi dipadamkan oleh Zionis Israel dan sekularisme Arab,selain mufti Palestin ketika itu iaitu Syeikh Amin Al-Husaini, antara tokoh terawal yang meangambil tahu dengan isu Palestin ialah seorang anak muda yang baru berusia 21 tahun, sebaik sahaja beliau menamatkan pengajian tingginya di Fakulti Darul Ulum, Universiti Kaherah pada tahun 1927, setahun sebelum beliau menubuhkan Jamaah Al-Ikhwanul Muslimun. Al-Imam As-syahid, ketika itu telah menulis surat peribadi kepada beliau menyatakan keprihatinan dan sokongan kepada isu Palestin diikuti dengan deligasi (misi) menyebarkan fikrah Ikhwan ke Negara-negara dalam wilayah Syam iaitu Palestin, Syria, Lubnan dan Jordan pada 5/8/1935 sehingga lahirnya benih-benih awal Al-Ikhwanul Muslimun di Palestin yang akhirnya mencetuskan Pemberontakan 1936 diketuai oleh Syeikh Izzudin Al-Qassam (nama yang diberikan kepada sayap ketenteraan Hamas: Briged Izzudin Al-Qassam). Jelas dari paparan sepintas lalu sejarah perjuangan Palestin menjelaskan kepada kita bahawa asas perjuangan nasionalisme Palestin ialah Islam malah PLO(Pertubuhan Induk Pertubuhan Pembebas Palestin) yang diasaskan oleh Al-Marhum Yassir Arafat, presiden pertama Palestin pernah mendapat pendidikan dakwah Ikhwanul Muslimun ketika belajar di Fakulti Kejuruteraan , Universiti Kaherah pada tahun enam puluhan. Hamas hari ini walaupun menghadapi konspirasi dan pengkhianatan dari Negara-negara Arab (terutama negara arab timur tengah yang bersubahat dengan Israel) termasuk dari kalangan tertentu dan pertubuhan Fatah (khasnya kalangan pro-Dahlan yang menjadi alat Israel) terus memikul tanggungjawab mempelopori perjuangan Palestin dengan amanah. Ini terbukti dengan partisipasi deligasi Hamas dalam rundingan damai yang ditaja oleh Mesir dan Negara Arab(walaupun tahu negara tersebut sekadar melepaskan batuk ditangga) malah Hamas telah berjaya menyatukan kumpulan-kumpulan pejuang kemerdekaan Palestin dari berbagai ideologi termasuk dari Parti Komunis Palestin.

Hari ini kita sendiri lihat banyak golongan-golongan yang hanya tahu tentang sejarah tetapi tidak mampu untuk berbuat setuatu demi mempertahankan bumi palestin, yang setiap hari diancam oleh musuh-musuh islam. Bersama kita fikirkan usaha-usaha untuk menamatkan penjajahan dari musuh-musuh islam di bumi palestin yang menyebabkan penduduk ilam di bumi palestin dan bumi-bumi islam yang lain ditindas dan terus terkorban demi islam. Bermacam-macam artikel dan tulisan-tilisan mengenai bumi palestin, tetapi kemanakah sensitiviti kita selaku umat islam yang kadang-kadang langsung tiada perasaan tehadap pengorbanan yang dilakukan oleh para mujahid dan para shuhada'. Bersama mendoakan kebebasan kepada negara-negara islam dan selurh umat islam yang ditindas dan diancam.

Setelah kita mengetahui sedikit sebanyak susur galur dan latar belakang liku-liku konflik Arab-Israel, dan sejarah Palestin. Bumi palestin khasnya selepas tragedi Gaza telah menjadi isu global dan kemanusiaan yang memerlukan keprihatinan semua lapisan masyarakat dunia apatah lagi bagi kita dari kalangan umat Islam sama ada Arab atau bukan Arab untuk menjadi barisan paling hadapan (front liner) dalam mendokong dan memperjuangkan isu Palestin dan Masjid Al-Aqsa serta negara-negara islam yang lain.

Persoalan yang kita mesti fikirkan...
Siapakah lagi yang akan mewakafkan diri dalam menyelamatkan dan mempertahankan bumi Palestin dan Negara-negara islam lain???(Malaysia).Allah ينصب لطائفة من الناس كراسى disini kita haruslah juga mengasihi golongan-golongan yang ditabalkan sebagai as-syahid dan telah dijanjikan kepada kita yang mengasihi golongan itu amat beasar

ينصب لطائفة من الناس كراسى حول العرش يوم القامة وجوههم كالقمر ليلة البدر يفرى الناس وهم لا سفزعون و يخاف الناس و لا يخافون و هم اولياء الذ ين

Pada hari kiamat, disediakan khas kerusi-kerusi berhampiran Arasyh(singgahsana Allah s.w.t) untuk segolongan manusia yang wajah mereka berseri-seri seperti waktu bulan mengambang, ketika itu semua manusia bertempiaran lari ketakutan daripada azab hari kiamat sedangkan mereka tadi berisrirehat di kerusi-kerusi khas, itulah golongan “auliyyaullah” yang disebut dalam Al-Quran surah Yunus, ayat 62:لا خوف عليهم و لا هم يحزنون )bermaksud mereka tidak takut dan tidak sedih( maka para sahabat bertanya: siapakah mereka? Baginda menjawab: mereka ialah orang-orang yang berkasih sayang “fillah” (berkasih sayang semata-mata kerana Allah.

Bersama-sama kita lakukan apa sahaja dalam membina kekuatan diri, jemaah islam yanag sikit sebanyak kesinambungan kepada kebebasan Bumi Palestin dan bumi islam yang lain.

0 ulasan:

Catat Ulasan