Pengorbanan membuktikan erti sebenar perjuangan...

Ahad, 27 Disember 2009



Berkorban ertinya terkorban, terkorban ertinya menderita, itulah asam garam perjuangan. Kini bebas mencari erti pengorbanan yang sebenar dalam menyelusuri arus kehidupan. Sepintas lalu ku terkenangkanmu, peristiwa di bulan zulkaedah (Bulan Haram) terdapat beberapa kisah dan peristiwa yang menjadi penghayatan kepada seluruh umat islam yang amat penting dalam mengingkatkan semangat memperjuangkan dan mempertahankan islam. Sejarah membuktikan perjuangan baginda Nabi Muhammad SWA dan Para sahabat terhadap islam bukan atas dasar harta benda dan kenikmatan dunia semata-mata. Sebagaimana yang kita ketahui dalam bulan zulkaedah, sirah nabi menceritakan pengorbanan para sahabat demi mempertahankan islam adalah semata-mata kerana Allah dan menginginkan islam terus dijulang. Mati syahid cita-cita mereka seperti mana rentetan dari peristiwa di bulan zulkaedah, dalam peperangan bani Quraizah, peristiwa ini berlaku pada tahun kelima hijrah, sebaik sahaja selesai peperangan Al-Ahzab. Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW, dan para sahabat mengetahui niat jahat dan penipuan yang ingin dilakukan Yahudi Bani Quraizah melalui kerjasama dengan Kaum Quaraisy di mekah dan kuncu-kuncunya yang lain.
Penat lelah dan pengorbanan Nabi serta para sahabat dalam mempertahankan islam atas dasar kefahaman yang sebenar, mereka yang bersama Rasulullah SWA demi mempertahankan islam pegorbanan yang tidak boleh dilupakan oleh umat islam hari ini bagi meneruskan risalah perjuangan demi mempertahankan islam, dalam semangat dan keimanan menurut perintah Allah untuk melawan musuh, pihak musuh ketika peperangan bani Quraizah, bersama-sama Rasulullah, sirah menceritakan, sebelum bertolak, Rasulullah SWA mengarahkan kaum muslimin supaya menunaikan solat asr di perkampungan Yahudi Bani Quraizah. Tentera islam ketika itu berjumlah 3000 orang termasuk 36 orang tentera berkuda. Saidina Ali RA diamanahkan untuk membawa panji islam ketika itu. Banyak penghayatan yang dapat kita ambil dalam peristiwa ini, dengan turut setia dalam menerima perintah dan melaksanakan arahan . Pengorbanan para sahabat dengan turutnya kepada arahan Baginda Nabi, Sa’ad bin Muaz ketua suku ‘Aus yang dahulunya menjadi sekutu Bani Quraizah dilantik untuk menjadi hakim. Ketika itu beliau cedera teruk kesan daripada tikaman musuh dalam peperangan Ahzab.

Demi melaksanakan arahan Rasulullah beliau dipapah oleh para sahabat untuk berjumpa dengan baginda Nabi Muhammad untuk melaksanakan arahan tersebut. Pihak Yahudi bani Quraizah merasa lega dengan perlantikan itu dan mengharapkan belas ihsan daripada Mu’az. Pun begitu atas dasar keimanan dan ketakwaan beliau serta cinta kepada Rasulullah SAW, Sa’ad bin Mu’az memutuskan bahawa tentera-tentera mereka dihukum bunuh , anak isteri mereka dijadikan tawanan, harta benda benda mereka menjadi harta rampasan perang dan dibahagikan kepada kaum muslimin. Hukuman tersebut dipersetujui oleh Rasulullah SAW.

Kesetiaan dengan keimanan yang tinggi serta pengorbanan yang dilakukan oleh Mu’az ini dipandang oleh Allah dan beliau dianugerahkan atas doanya utuk mati syahid. Tercapailah cita-cita agung yang kesemua dari umat islam hari ini harapkan juga menjadi cita-cita untuk ditabalkan sebagai As-syahid Fi Sabil lillah agar islam terus dijulang. Pelbagai peristiwa penting lagi dalam bulan zulkaedah dengan berlakunya perjanjian Baitul Ridhwan ekoran daripada keluarnya Rasulullah SAW bersama para sahabat seramai 500 orang terdiri daripada orang mekah dan madinah untuk menunaikan Haji dan Umrah. Ketika sampai di suatu tempat bernama Hudaibiah, orang-orang Quraisy mengutuskan beberapa utusan untuk bertanyakan tujuan kedatangan rasulullah dan diutuskan Saidina Uthman bagi pihak muslimin bertujuan untuk berunding dengan Kaum Quraisy untuk memberitahu kepada mereka, kedatangan orang ke mekah bukan untuk berperang , akan tetapi Saidina Uthman telah ditahan dan disekat musuh di mekah.Rentetan daripada berita yang sampai kepada Rasulullah SAW ialah Saidina Uthman telah dibunuh lantaran itu baginda Nabi Muhammad SAW mengumpulakan para sahabat dibawah sepohan pokok dan mengikat janji setia untuk membela di atas kematian saidina Uthman, maka terjadilah perjanjian Baitul Ridhwan. Dengan ikat janji setia tersebut menyebabkan pihak Quraisy merasa gentar dan gerun lalu membebaskan Saidina Uthman dalam keadaan selamat.

Setelah tamatnya perjanjian Baitul Ridhwan, tercetusnya pula perjanjian Hudaibiah yang mana berlaku juga pada bulan zulkaedah, Pada akhir tahun keenam hijrah diantara kerajaan islam Madinah dan kerajaan Musrikin Mekah. Baginda nabi beserta rombongan seramai 400 orang yang tediri daripada kaum Muhajirin dan Ansar keluar dari madinah menuju ke kota mekah bagi menunaikan perintah Allah dalam melaksanakan fardu ibadah haji yang pertama. Didalam peristiwa ini, banyak startegi yang dirancang bagi memudahkan perjalanan ke kota mekah tanpa di ketahui oleh musuh islam yang sentiasa merancang untuk menyekat dan menghalang Rasulullah bagi melakukan ibadah. Kisah perjalanan baginda Nabi SAW bersama rombongan ke kota mekah banyak dapat diambil pengajaran daripadanya. Tidak dinafikan kebijaksanaan baginda nabi dalam pengatur startegi bagi mencapai kejayaan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Akhirnaya setelah beberapa peristiwa yang berlaku didalam rundingan yang dibuat secara damai diantara kaum musrikin yang diwakili Suhail bin Amru dengan Rasulullah SAW yang diwakili oleh Saidina Ali. Dengan perundingan dami tersebut Rasulullah menerima pendapat Suhail iaitu pada tahun itu Rasulullah SAW tidak menziarahi Mekah tetapi ditangguhkan pada tahun hadapan dengan keadaan tiada berlakunya sebarang permusuhan dan peperangan. Mereka juga bersetuju untuk melaksanakan genjatan senjata selama sepuluh tahun. Dalam tempoh tersebut, mana orang musrik yang pergi kemadinah akan dipulangkan semula walau telah memeluk islam. Sebaliknya orang islam yang pergi ke mekah tidak perlu dikembalikan semula. Perjanjian ini dipersetujui oleh semua dengan akur kepad keputusan dan kagum dengan kebijaksanaan rasulullah SAW dalam politik, kerana melaluinya islam dapat disebarakan ke seluruh bumi mekah tanpa sebarang sekatan.

Akhirnya pada 25 zulkaedah tahun ke sepuluh hijrah , rasulullah SAW bersama 10000 orang sahabat keluar dari madinah menuju ke mekah untuk menunaikan ibadah fardu hujjatul wada’ yanag merupakan ibadat haji yang pertama dan terakhir baginda Nabi selepas hijrah. Berakhirlah penghijrahan nabi beserta para sahabat dan tiada lagi hijrah selepas itu. Kemudiana kita didatangkan pula dengan sirah peristiwa dibulan zulhijjah, iaitu bulan pengorbanan dan bulan penyatuan ummah. Kita tidak terlepas dengan peristiwa bersejarah dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS dalam melaksanakan perintah Allah dengan menyembelih anaknya Nabi Ismail AS, sebagaiman yang kita ketahui betapa besarnya tingginya ketatan Nabi Allah Ibrahim AS kepad perintah Allah. Dengan berlakunya peristiwa ini kita jadikan pengajaran dan pengiktibran daripadanya dalam menterjemahkan konsep pengorbanan, (Tadhiyyah) sepanjang kehidupan kita. Pengorbanan yang kita lakukan bukanlah atas dasar semangat semata-mata tetapi atas dasar kefahaman yang sebenar dalam melaksanakn perintah Allah.

Semoga dengan mengetahui sejarah asal islam tersebar serta pengorbanan baginda Nabi Muhammad SAW serta para Sahabat dalam menyebarkan dakwah islam ini dapat meningkatkan semangat dan membuka minda kita yanag mana kita hari ini tidak boleh lagi berdiam diri dan hanya berpeluk tubuh melihat agama islam dan orang islam yang seagama dengan kita ditindas oleh musuh-musuh islam yang tidak pernah henti untuk meenghapuskan islam dan sentiasa berusaha menyesatkan umat isalm agar tidak bersama-sama islam. Marilah kita sama-sama mengenag kembalai sejarah islam pada yang lebih menarik serta dapat meniupkan semangat roh perjuangan dalam diri kita.

0 ulasan:

Catat Ulasan